APA RANGE SUARA ANDA?

RILHAM SHAH
KOMPOSER

Pada tahun 2017-2019 saya banyak mengendalikan ujibakat online. Sesiapa yang berpotensi akan dihubungi untuk menjalani ujibakat di Studio secara live. Maka berduyun-duyunlah penyertaan yang saya terima setiap hari. Dan bermacam-macam jenis karenah yang saya temui.

Apa yang saya ingin kongsikan di sini ialah salah satu kesilapan yang biasa dilakukan oleh kebanyakan penyanyi baru. Kesilapan itu ialah tidak mengenal RANGE SUARA sendiri.

RANGE SUARA

Kita perlu mengenal range suara sendiri. Kerana setiap penyanyi mempunyai range atau julat suara yang berbeza. Ianya ibarat mengukur kemampuan kita untuk menyanyi. Ramai yang nak cuba impresskan juri dengan membawa lagu tinggi-tinggi. Kalau boleh semua nak bawak lagu Awie.

Tapi kalau kita sedar kemampuan diri sendiri. Pandai-pandailah kita turun key. Tak perlu pakai original key. Nyanyian yang kemas dan sederhana lebih baik dari nyanyian yang melebihi kemampuan diri. Perkara ini yang menyebabkan nyanyian kita terkucil ketika nak hit note tinggi.

Macam mana nak kenal range suara? Senang je..mula-mula kita kena tahu note paling rendah yang kita boleh hit. Lepastu kita cari note yang paling tinggi yang kita boleh hit. Ok..cuba follow video di bawah..

Selamat Mencuba..:)

NAK MASUK KELAS VOKAL?