5 lagu pertama yang aku nak review ni berkisar tentang masa dan kehidupan. Aku wujudkan Ruang Karya ini untuk memberi sokongan kepada rakan-rakan komposer yang lain. Jadi aku akan lebih fokus kepada perkara positif yang aku suka tentang sesebuah lagu tu.
Ok lagu pertama yang aku nak review ialah..
1.DEMI MASA – SHAZWAN ITHNIN
Aku suka tema lagu ni tentang masa. Walau macam mana pun penyampaiannya, secara tak langsung mengingatkan kita tentang masa. Sebab kita ni banyak buang masa. Walaupun dah banyak kali diingatkan tentang masa. Aku bayangkan lagu ni jadi sountrack Telemovie – Demi Masa(Imaginasi aku je). Mengisahkan Penjual Jam yang tidak menepati masa.
Jalan ceritanya..ada seorang lelaki miskin,kita letak la nama dia Saad(sempena saat) Lepas tu dia dapat kerja dekat kedai Jam. Lepastu dia jatuh cinta dengan salah sorang pelanggannya.Bagi la nama dia Ayu. Nak dijadikan cerita diorang bercinta and bertunang. Tapi dia putus tunang sebab Saad lambat datang masa diorang janji nak tengok wayang. So masa dia tengah menyesal tu keluar lagu ni..
“Oh Sesalmu..Tiada Gunanya
Di Tika Waktu Sebegini
Sesaat Tidakkan Berundur
Mengalir Air Mata Darah”
Komposer/Lirik : Zainal Zulia
2.TIADA LAGI ESOK – RAYME ZAINAL
Lagu kedua Tiada Lagi Esok. Nyanyian Rayme Zainal. Kalau korang nak tahu sejarah lagu ni boleh baca kat sini. Aku suka nyanyian Rayme untuk lagu ni. Kemas dan ada dinamik. Dan tak melebih-lebih. Korang kena dengar lagu ni. Memang feel habis. Nak-nak bila korang pernah kehilangan seseorang yang tersayang. Memang lagu ni boleh menumpahkan airmata.
Berbalik pada cerita si Saad tadi. Dia masih tak puashati sebab Ayu putuskan pertunangan mereka sebab pasal masa je. So dia rasa tak menepati masa tu masalah kecik je. Tapi pada Ayu masalah besar. Nak dipendekkan cerita, Saad dapat pujuk Ayu lepas Saad hadiahkan Ayu jam yang mahal. So diorang pun kahwin. Lepastu dapat anak. Tapi anak dia meninggal masa umur 2 tahun. Sebab kecuaian Ayu. Masa anak dia meninggal keluar lagu ni..
“Aku Inginkan Lebih Waktu
Bermimpi Bersamamu
Dalam Belaianku
Namun Mungkin Waktu Cemburu
Tiada Lagi Esok
Untuk Cinta Kita”
Komposer : Zainal Zulia
Lirik : Rilham Shah
3.MALAM YANG ISTIMEWA – WANN MUSA
Lagu ni korang kena dengar sebab suara Wann Musa memang best. Kalau korang nak tahu, Wann Musa ni pernah masuk rancangan I Can See Your Voice Musim Ke-2. Arrangement lagu ni pun mantap.Betul-betul dapat menyerlahkan vokal penyanyi. Dan Wann Musa dapat menghayati lagu ni dengan baik. Dapat rasakan keinsafan dan penyesalan yang ingin disampaikan dalam lagu ni.
Sambung cerita Saad tadi. Lepas anak dia meninggal dia dah berubah. Dia selalu salahkan Ayu sebab kecuaian yang Ayu telah lakukan. Dia jadi panas baran. Sampai satu tahap dia selalu pukul Ayu, walaupun sebab kesalahan kecil. Satu hari Ayu nak larikan diri sebab dah tak tahan hidup dengan Saad. Masa Saad kejar Ayu, kereta terbabas. Ayu meninggal.
Lepas Ayu meninggal, baru Saad menyesal. Dia rasa sangat berdosa. Masa ni dia buntu, rasa dah tak ada ruang untuk bertaubat. Masa ni keluar lagu ni..
“Berlari Aku Mengejar Waktu
Yang Kian Jauh Meninggalkan Aku
Terdampar Sepi Bersama Janji
Mengharap Malam Hadirkan Mentari”
Komposer/Lirik : Rilham Shah
4. Bidara Tak Berduri – Eiz Fareiz
Lagu ni memang mendayu-dayu. Suara Eiz sangat sesuai menyanyikan lagu ni. Suara ada feel sedih.Seperti mengingatkan kita tentang seseorang yang telah tiada. Untuk makluman, Pohon Bidara Yang Tidak Berduri ni merujuk kepada pohon yang ada di Syurga. Pohon bidara yang ada di dunia semuanya berduri.
Berbalik cerita Saad tadi. Dia dah bertaubat lepas jumpa seorang ustaz. Dia selalu ikut berdakwah untuk membantu orang-orang lain. Dalam satu sesi dakwahnya, dia ceritakan tentang dosa-dosa yang pernah dia lakukan pada isterinya. Dosa yang sering menghantui dirinya. Masa dia cerita tentang isterinya..keluar lagu ni..
“Mungkinkah
Kau Sedang Menanti
Di Pohon Bidara
Yang Tidak Berduri”
Komposer : Zainal Zulia
Lirik : Rilham Shah
5. Ku Kan Pergi – Muadz Roslan
Lagu ni akan mengingatkan kita tentang hidup kita yang akan berakhir suatu hari nanti. Korang mesti akan tertawan dengan suara Muadz ni.Tone suara sedap. Nyanyian kemas dan penjiwaan yang sangat baik. Arrangement yang sederhana ini sudah cukup untuk menyentuh hati sesiapa saja yang mendengarnya. Memang layak dinobatkan sebagai salah seorang juara Sajakiri Vokal.
Dan aku rasa lagu ni sangat sempurna untuk dijadikan penutup cerita Demi Masa ni. Yang mana akhirnya Saad dapat kehidupan yang lebih baik. Dimana akhirnya dia menjadi Penjual Jam yang berjaya. Ramai yang bergantung harapan padanya. Anak, isteri(dia kahwin dengan anak ustaz tu), pekerja dan ramai lagi. Dia tahu dia bertuah kerana diberi peluang untuk berubah. Dalam masa yang sama dia sedar, hidupnya boleh berakhir bila-bila saja..masa tu keluar lagu ni..
“Ku Kan Pergi
Satu Hari
Satu Masa
Satu Tika..”
Komposer/Lirik : Zainal Zulia
Tamatlah Telemovie Demi Masa.
Amacam? Adeke yang nak berlakon cerita ni..hehe
Akhir kata..terima kasih kerana membaca. 5 lagu ni akan jadi playlist pertama yang aku letakkan dalam Flybeat TV. Jom layan semua sambil pejam mata.
Semoga Terhibur
Sekian Terima Kasih