Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Harini ada 5 lagi lagu baru yang aku nak share kat korang. Terima kasih kepada yang sudi share lagu korang. Dan ada satu lagu ni di nyanyikan oleh Ronnie Hussein. Tiba-tiba aku terbayang satu Telemovie yang dibintangi oleh Ronnie Hussein. Tajuk Telemovie ni Tentang Dia. Cerita dia simple je, Kisah percintaan Ronnie dengan seorang gadis bernama Rinnie.Dan 5 lagu ni akan menjadi soundtrack cerita ni..
Mula-mula kita layan dulu lagu ni..
- UTUSAN CINTA – RAZZI RAHMAN
Fuhh..memang sesuai lagu ni untuk mengiringi cerita cinta antara Ronnie dan Rinnie. Dengan suara vocalist yang padu, sangat sesuai untuk digunakan ketika permulaan cerita. Mula-mula Ronnie ni tak ada apa-apa. Satu hari dia pergi ATM sebab nak keluarkan duit BR1M. Masa tengah beratur tu dia terpandang seorang awek cun dekat ATM sebelah.
Dia mula berangan nak kahwin dengan awek tu. Masa tu la keluar lagu ni..
“Lihatlah Aku Disini
Lihat Dengan Mata Hati
Ku Kirim Rindu Ini
Adakah Kau Menyedari”
Komposer : Ili Akmal
Lirik : Dalin LienDa
2. ANDAI ITU TAKDIRKU – IRFAN AKASYA
Haa lagu kedua ni memang sedih. Dia menceritakan yang perempuan tu buat keputusan memutuskan hubungan tanpa penjelasan. Memang sesuai sangat untuk cerita ni.
Sebab dalam cerita ni, Ronnie berjaya jugak ajak awek ni makan KFC. Mula-mula hubungan mereka bahagia seperti biasa. Tiada bergaduhan.Semuanya berjalan lancar. Tiba-tiba Rinnie nak putuskan hubungan. Ronnie tanya kenapa. Rinnie hanya menjawab..
“Awak terlalu baik untuk saya.. “
Maka hampalah Ronnie kerana percintaannya putus begitu sahaja. Masa dia tengah bingung tu..keluar lagu ni..
“Semalaman Ku Terjaga
Memikir Keputusan Mu
Dan Bukanlah Diriku
Yang Mengkhianati Mu”
Komposer : K Lily
Lirik : Mail Manuskrip
3. TENTANG DIA – RONNIE HUSSEIN
Mantap MTV lagu ni. Siap helikopter lagik. Nyanyi atas kapal. Nyanyian Ronnie seperti biasa, ada magisnya tersendiri. Bagilah lagu apa, dari komposer mana pun, nyanyiannya mempunyai karakter tersendiri. Memang terbaik. Dan lagu ni ada menceritakan tentang dendam yang masih ada walaupun telah terpisah.
Berbalik kepada cerita Ronnie dengan Rinnie tadi. Setelah bertahun-tahun dia memikirkan maksud..
“Awak Terlalu Baik Untuk Saya..”
Akhirnya dia buat kesimpulan bahawa maksud ayat tersebut ialah..
-saya dah ada boyfriend lain, awak tak perlu tahu
-saya nak carik orang kaya
-saya tak suka awak sebenarnya, tapi masa tu saya pun tengah bosan, bolehlah dari tak ada..
dan macam-macam lagi tafsirannya..
Masa tu dia bertekad untuk berjaya, demi memenangi kembali hati Si Rinnie. Berkat kesungguhannya menjalankan perniagaan, akhirnya dia menjadi kaya. Lepastu dia jumpa balik Si Rinnie..
Mula-mula dia dapat tackle balik sebab dia dah berjaya pakai BMW.
Tapi tiba-tiba Rinnie mintak putus sebab boyfriend baru dia dah pakai Ferrari.
Ronnie tak mengalah dia usaha lagi, kali ni dia geram dia beli Helikopter.
Maka kembalilah Ronnie dan Rinnie dalam Alam percintaan. Maka berbahagialah mereka berdua mengelilingi dunia.
Ketika Ronnie merasakan dunia miliknya..tiba-tiba..kerajaan umumkan lockdown. Tak lama lepas tu Rinnie minta putus lagi. Kali ni sebab apa pulak?Rini menjawab..
“Apa gunanya harta, kereta dan helikopter, kalau tak boleh rentas daerah..”
Maka bingunglah kembali si Ronnie kerana ditinggalkan lagi. Yang lebih memedihkan bila dia stalk fb si Rinie, si Rinie selalu buruk2kan si Ronnie dekat live dia..masa tu keluar lagu ni..
“Walaupun Kita Terpisah
Kau Masih Berdendam Jua Kepadaku
Apa Yang Sebenarnya Kau Mahu Dariku
Ku Tak Tahu”
Komposer : K Lily
Lirik : Rudy Hirwan
4. KETAWA LAGI – HATTA MIDY
Haa lagu keempat ni memang rare. Kadang-kadang je boleh jumpa. Kreatif dan menghiburkan. Korang try layan kalau tak caya. Walaupun lagu ni sekejap, tapi sudah cukup untuk menceritakan situasi kebanyakan kita ketika mengharungi PKP.Lagu ni aku nak jadikan soundtrack dalam Telemovie khayalan aku tu.
Bila dah PKP, si Ronnie pun duduklah kat rumah banglo dia sorang-sorang. Rumah besar tapi dia duduk sorang2. Makin lama dia makin mental. Walaupun sedang bersedih, dia baca juga isu semasa. Tiba-tiba dia terbaca seorang menteri kantoi rentas daerah dengan skandal dia. Sekali dia tengok skandal menteri itu ialah ex-dia Rinnie. Makin mental la member tu.Masa tu dia start ketawa. Ketawa dan ketawa lagi..masa tu keluar lagu ni..
“Memang Asyik Ketawa
Bukan Sebab Aku Gila
Atau Kena Rasuk
Dengan Hantu Busut Puaka”
Komposer/Lirik : Hatta Midi
5. MOVE ON – ILI AKMAL FEAT ALIFF THE CHAMP
Kalau korang tengah sedih sebab putus cinta ke, tak dapat i-citra ke, atau apa2 je yang menyedihkan, korang kena dengar lagu ni. Rentak lagu ni yang ceria boleh menaikkan mood kita yang berduka lara. Jangan tengah sedih layan lagu sedih. Nanti makin sedih. Dengan mesej positif dalam lagu ni, memang pilihan yang tepat untuk aku akhiri telemovie kali ini dengan lagu ni.
Apa cerita dengan Si Ronnie tadi?Dia masih lagi ketawa tak henti-henti. Macam orang gila.Perasaannya bercampur baur..sedih, kesal, sakit hati, sakit jiwa dan lapar. Baru dia sedar dah lama dia tak makan sebab mengenangkan nasib percintaannya. Lepas tu dia order food panda. Masa order tu sampai,selamba dia ambil makanan tu tanpa pakai mask.
Nak dijadikan cerita,dia kena Covid pulak. Masa kat hospital tu la dia rasa insaf. Dia rasa sebelum ni macam nak gila sebab gagal dalam percintaan. Tapi masa dekat hospital ni baru dia kembali bersyukur sebab masih dapat bernafas. Sesekali dia teringat dekat Rinnie yang dah bahagia dengan Menteri. Tiba-tiba datang sorang nurse datang nak bagi injection. Walaupun pakai mask, tapi renungan matanya sudah cukup untuk dia melupakan Rinie. Masa tu dia tersenyum..dan keluar lah lagu ni..Move On saja..
“Ku Bukan Ahli Silap Mata
Ku Hanya Manusia Biasa
Jatuh Kecewa Pasti Ada
Ku Bisa Move On Saja”
Komposer : Ili Akmal
Lirik : Dalin Lienda
Begitulah sinopsis Telemovie Tentang Dia. Ada ke producer yang nak menjayakan cerita ni?Hehe
Apapun terima kasih kerana membaca. Dan lagu2 ni aku letakkan dalam playlist baru Flybeat TV.
Korang boleh layan lagu best-best lain dekat sana.
Terima Kasih & Semoga Terhibur.