PERNAH TAK ANDA TERFIKIR NAK BUAT LAGU SENDIRI?
Anda selalu buat lagu sendiri,tapi anda tak tahu macam mana nak jadikannya seperti lagu-lagu yang kita selalu dengar di Radio. Mungkin sebab anda buat lagu sekadar suka-suka. Tapi anda tak terfikir ke, mungkin lagu anda tu berpotensi untuk menjadi siulan ramai?
Sebelum kita pergi lebih jauh, izinkan saya perkenalkan diri saya dulu..

Nama saya Hairul Hasnan. Berasal dari Sarawak. Merupakan graduan Jurusan Muzik di UMS. Pernah berkhidmat sebagai pemuzik di RTM Johor Bahru. Kemudian saya melanjutkan pengajian Master dan seterusnya PhD in Music Production(University Of York,UK).
Secara ringkasnya..berikut adalah langkah-langkah dalam penghasilan sesebuah lagu..
- Melodi
-Ada yang dapat ilham masa tengah bawak kereta,nak pergi mandi, tengah beratur dekat ATM.. tiba-tiba “terdengar” satu melodi. Jangan sia-siakan melodi tu. Kalau boleh rakam terus kat handphone supaya tak lupa.
- Lirik
-Bila dah dapat melodi, barulah masukkan lirik. Ada orang yang boleh tulis lirik sendiri. Ada yang berkolaborasi dengan orang lain. Ada juga orang yang buat lirik dulu, kemudian baru hasilkan melodinya.Bergantung kepada bakat masing-masing.
- Demo
-Bila lirik dan melodi dah bersatu, cuba nyanyikan dan dengar sendiri. Kalau nak sedap lagi kena ada satu muzik iringan. Biasanya dengan gitar ataupun piano.
- Arrangement
-Bila dah ade demo, barulah kita fikirkan macammana nak buat lagu tu jadi lebih sedap. Dekat sinilah arranger memainkan peranan. Merekalah yang akan susun drum dia macammana. Gitar nak main mcm mana. Alat muzik apa yang sesuai dekat lagu tu..dan sebagainya..
- Vocal Recording
-Bila arrangement dah siap, barulah penyanyi sebenar boleh beraksi. Ada komposer yang menyanyikan sendiri lagu mereka. Contoh macam Aizat, Yuna, Noh Hujan and Najwa Latif. Tapi kebanyakan komposer menggunakan penyanyi lain untuk menyanyikan lagu-lagu mereka.
- Mixing & Mastering
Bila arrangement dah siap, record vocal dah siap, barulah lagu tu dihantar untuk Mixing dan Mastering. Dekat sinilah sound engineer berperanan untuk menyeimbangkan segala bunyi yang ada supaya bersatu menjadi sebuah lagu yang mencapai piawaian untuk dimainkan di Radio.
Jadi jika anda sudah mempunyai lagu sendiri dan ingin menjadikan lagu tersebut ke tahap yang lebih tinggi. Boleh hubungi saya untuk perbincangan yang lebih lanjut:
HASIL KERJA KAMI
Pada pendapat saya, untuk menghasilkan sesebuah lagu yang baik, perlu bekerja dalam satu kumpulan. Kerana bakat yang dikurniakan kepada seseorang itu berbeza-beza. Ada yang berbakat menulis lagu, tapi tidak pandai bermain alat muzik. Ada yang pandai bermain muzik, tetapi tidak pula tahu menulis lagu.
Kerana itu kami mementingkan bekerja secara berkumpulan. Team kami terdiri daripada pemuzik, komposer, penulis lirik, guru vokal,arranger dan penerbit yang berpengalaman. Kami akan bekerjasama dengan pemuzik dan arranger professional untuk menghasilkan lagu idaman anda.
Ini merupakan antara hasil kerja kami..
LARAS DARI RASIAN
WE ARE AVALANCHE
TITIK DINGIN DAMAI
Itulah antara hasil kerja kami, dan banyak lagi yang akan menyusul insyaAllah. Jadi jika anda berminat untuk mendapatkan perkhidmatan kami, boleh klik link di bawah untuk berbincang dengan lebih lanjut. Harga sangat berpatutan..:)
Terima Kasih
Hairul Hasnan
Music Producer/Mixing Engineer