
KOMPOSER
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Harini aku nak review 5 lagi lagu yang aku nak masukkan dalam playlist aku. Kali ni bertemakan cinta. Aku pun terbayang satu Telemovie Muzikal yang bertajuk Kau Tak Pernah Tahu.Mula2 kita layan dulu..
1.KAU TAK PERNAH TAHU – SAM MUHAMMAD
Memang dahsyat suara vokalist ni. Kawalan suara yang cukup baik. Bukan mudah nak menyanyi macam ni. Kalau korang nak tahu, Sam Muhammad ni merupakan Juara Sajakiri Vokal Musim 1.Dia juga pernah memenangi pertandingan nyanyian dekat Korea. Haa.. bukan biashe2 dia ni. Cuba korang dengar…gerenti teringat dekat awek yang ko tengah usha2 dari tahun lepas tu..
Pada aku lagu ni memang sesuai jadi OST Drama. Aku bayangkan cerita ni mengisahkan seorang Busker yang jatuh cinta dengan budak taman dia. Kita letak nama dia Sam.Budak perempuan ni seorang penyanyi famous dekat sekolah dia. Nama dia Nadia.So dia tekad nak belajar main gitar sebab nak tackle budak perempuan tu. Satu hari masa balik sekolah, budak perempuan tu senyum dan lambai kat dia.
Masa tu keluar lagu ni..
“Senyuman Manis Bibirmu
Mewarnai Duniaku
Namun Kau Tak Pernah Tahu
Indahnya..”
Komposer/Lirik : Zainal Zulia
2. HILANG – ACOUSTICKNOT
Tenang je aku dengar lagu ni. Suara vokalis acousticknot ni nama dia Khairatun Nadia. Memang merdu suara dia. Diiringi pula dengan muzik yang santai. Memang lengkap ciri-ciri yang ada dalam lagu ni untuk menjadi sountrack drama. Try la layan. Kemana lagu ni membawa korang. Lagu ni best layan kalau korang tengah serabut dan bersendirian mencari ketenangan.
Sambung cerita tadi. Nadia ni dah ada boyfriend. Dipendekkan cerita, dia putus dengan boyfriend dia sebab boyfriend dia asek main game je. So masa tengah sedeh2 tu, dia pun jalan-jalan sorang2. Masa tu la lagu ni keluar.
“Biar Aku Mencari
Diri Yang Hilang Dulu
Biar Aku Mencari
Senyumku Yang Dulu”
Komposer/Lirik : Khaira
Masa tengah sedey2 tu..terjumpa la dengan Sam tadi..
bersambung..
3. MUTIARA – DANA AECHIDO
Dana Aechido merupakan Juara Sajakiri Vokal Musim Ke 8. Rugi kalau korang tak dengar lagu ni.Dengan alunan suara Dana Aechido yang gemersik, ternyata telah berjaya menawan banyak hati pendengar di luar sana.Kalau tak percaya korang dengar sendiri.Pasti membuatkan korang mengimbau kenangan lalu.
Lagu ni sesuai digunakan untuk mengiringi babak-babak percintaan antara Sam dan Nadia. Dalam cerita ni, Sam berpeluang jumpa Nadia masa Nadia tengah putus cinta. Tapi Sam ni masih lagi tak berani nak bagitau Nadia. Sebab lambat sangat, akhirnya Nadia ni pun jumpa boyfriend baru. Frust la si Sam ni. Sejak tu dia renggang balik.Masa babak ni keluar lagu ni..
“Seandainya Hadirmu Seketikanya
Abadikanlah Segala Memori”
Komposer/Lirik : Zainal Zulia
4.PAGI ITU LANGIT SORE – RYAN DOUGHTY
Rare gila lagu ni. Melodi yang tenang dan mengkhayalkan. Korang tak percaya dengar sendiri. Ternyata ramai komposer di Malaysia ni yang kreatif dan berbakat besar dalam penulisan lagu.Lagi satu aku suka betul dengan lirik lagu ni. Part lirik yang paling aku suka masa ni..
“Gitar Yang Di Bahu
Simbolik Kurnia
Ianya Punca Kita Berdiri
Beberapa Depa”
Tu yang membawa imaginasi aku ke Telemovie Kau Tak Pernah Tahu. Aku bayangkan selepas beberapa tahun tak jumpa, dia terjumpa balik awek yang dia suka masa sekolah masa tengah busking. Lepastu dia flashback, teringat macam mana dia jumpa masa kali pertama, dekat bustop, jalan pintas, dan lorong balik rumah diorang. So dia cipta lagu ni untuk perempuan tu.Masa tu keluar lagu ni..
“Lambaianmu Asbak Bara Rindu
Yang Penuh Perlu Ku Jadikan
Struktur Lagu Yang Sederhana..”
Komposer/Lirik : Ryan Doughty
5. ISTERI SEBAIK WANITA – ENCIK HASSAN
Tak banyak lagu yang cerita pasal isteri. Yang aku tahu Permata Untuk Isteri. Pada aku lagu ni berpotensi menjadi lagu tema untuk setiap suami tujukan kepada isteri masing-masing. So korang yang dah lama tak hadiahkan isteri tu apa-apa tu, apa kata korang tujukan lagu ni. InsyaAllah sejuk hati dia dengar lagu ni.
Lagu ni jugak aku rasa penutup yang sempurna untuk aku muatkan dalam Telemovie dalam khayalan aku tu. Aku bayangkan Sam tu dah jadi Busker sepenuh masa. Lepastu dia jumpa awek yang dia suka masa sekolah tu. Lepastu dia masih lagi tak berani nak cakap apa-apa dekat Nadia. Akhirnya Nadia yang ajak dia kahwin.
So masa dah kahwin, mula-mula kehidupan mereka bahagia je. Sampailah satu masa, kena zaman PKP. So Sam pun tak boleh busking. Makin lama makin susut duit simpanan. Masa dia rasa hidup dia tengah susah dan menderita, masa tu dia tengok Nadia tetap setia dan bertahan mengharungi susah senang bersama.Masa tu lah dia sedar yang dia masih lagi bertuah. Masa tu keluar lagu ni..
“Sujud Mensyukuri
Menangisi Nikmat Ilahi
Didampingkan Isteri Terindah
Persis Bidadari”
Komposer/Lirik : Hamid Ahbar James
Habis cerita..Happy Ending
Haa. Amacam lagu2 kali ni..komen kat bawah lagu yang korang suka. Lagu yang aku review, semua aku akan masukkan dalam playlist aku dekat Flybeat TV.
Selamat layan lagu2 lain yang best2..
Terima Kasih. Semoga Terhibur..
