“Aik tuan, kenapa Mixing lagi mahal dari Mastering?Bukan tu Mastering lagi boleh bikin lagi sedap lagu kah?”Kenapa kos ‘Recording’ dan ‘Mixing’ secara logiknya patut lagi mahal berbanding ‘Mastering’?
Dalam satu-satu subjek yang kita ambil exam, katakanlah markah kita pecahkan mcm ni:
Midterm ialah 30% dari markah penuh subjek
Final Exam ialah 50% dari markah penuh subjek
Kerja Kursus ialah 20% dari markah penuh subjek
Kalau Final Exam kau hanya dapat 20% dan Midterm hanya dapat 10%, tapi kau berhabis buat folio untuk Kerja Kursus (siap ada ‘binding’, ‘cover’ plastik dengan reben-reben dan tulisan tangan berbunga-bunga).Walaupun dapat markah penuh 20% untuk kerja kursus, takkan kau jangka/harap dapat A untuk subjek tu kan? Baru 50% markah keseluruhan kau untuk subjek tu, dapat lah C+…
Mcm tu lah kerja ‘production’…
Recording = Mid Term
Mixing = Final Exam
Mastering = Kerja Kursus
Kalau recording kau tidak bagus (ada bunyi ayam berkokok bunyi motor limpas) pasal mau jimat kos, mixing pun kau bikin sendiri (tidak balance, EQ sama compressor main hantam setting) pasal mau jimat kos juga, takkan kau jangka/harap Mastering boleh ‘magically’ buat ‘sound’ bagus…
Sama seperti memasak, yang penting dalam penghasilan lagu adalah kualiti ‘bahan mentah’ yang kita gunakan (rakaman yang berkualiti) dan juga cara masakan (mixing)..
Mastering itu adalah ‘icing on the cake’, atau hiasan akhir selepas masakan siap. Jadi, tumpukan belanjawan penerbitan kepada proses rakaman di studio yang sesuai dan proses ‘mixing’ menggunakan khidmat ‘mixing engineer’ yang berpengalaman sebab situ yang patut kamu labur banyak.
Terima Kasih