Teringat aku sewaktu aku menemuduga calon yang ingin mengambil pengajian peringkat diploma dalam bidang muzik dahulu. Kalau tak salah ingat, batch kedua ada dekat 60 permohonan tapi tak semua diterima (yang menyebabkan pengurusan kolej agak marah dengan aku).
Kenapa ada yang aku tak ambil?
Kerana mereka tak boleh jawab satu soalan asas ni :
“Kenapa kau nak amek diploma muzik?”
90% akan jawab minat. Aku akan counter balik :
“Bagi aku jawapan selain dari tu..”
Ramai yang senyap. Satu hari nanti, minat akan hilang. Bila kau sudah rasa kesusahan belajar muzik ; tak tidur malam terpaksa berlatih instrument, tidak dapat instrument yang kau minat contohnya mintak gitar tapi disuruh belajar saksofon, pening kepala sebab tak faham teori muzik, selalu kena marah sebab tak sampai level yang pensyarah nak dan banyak lagi; minat kau akan hilang..
Bila minat kau hilang, kau akan malas. Bila kau malas kau akan salahkan orang lain. Kau dah buang masa dan rugi duit yuran (dahla buat pinjaman PTPTN). Jadi, minat tu bukan sebab yang kuat kenapa kau nak belajar muzik sebab dengan berlalunya masa minat kau akan terhakis macam pasir dihakis ombak.
Itu baru waktu belajar. Bila bekerja kau akan rasa susah nak cari makan sebab kau tak cukup hebat. Kau tak reti bawa diri. Kau ego tak boleh ditegur. Kau malas tak nak belajar lagu baru. Kau sombong taknak main lagu dangdut nak main lagu yang kau minat je.
Kau akan salahkan muzik, cakap muzik tak boleh cari makan. Kau mula buang harga, main free pun boleh asal nak stage dibayar dengan exposure. Kau dah rasa diri kau paling bagus di Malaysia. Kau mula jadi toksik. Itu semua berpunca sebab kau nak belajar muzik sebab kau “minat” je.
Jadi daripada aku biarkan kau rosakkan masa depan kau, baik aku cantas dahan dari berputik. Apa pengajaran? Tanya diri kau sebelum kau nak menceburkan diri dalam bidang seni ni. Apa tujuan kau? Kalau setakat minat? Kau buatlah muzik ni jadi hobi je, belajar la kat kelas muzik sambil kau amek diploma dalam bidang lain.
Tapi kalau kau agak-agak kau sanggup tak tidur malam bertahun-tahun, sanggup buang ego kau, sanggup dengar dan belajar semua benda yang ada dalam bidang seni hingga bila sampai satu tahap kau rasa benci dan menyampah gila dengan muzik tapi kau tak boleh nak lari, kena jugak buat sebab itu lah jiwa kau dan satu-satunya cara kau boleh hidup.
Tak kisah biar orang cemuh biar org keji biar orang pandang rendah dengan kau, kau redah jugak. Kalau kau boleh, barulah kau boleh pertimbangkan belajar muzik dengan serius. Baru pertimbangkan, bukan daftar.. Fikir dulu masak-masak..