Selamat petang semua. Pernah tak anda terfikir nak jadi youtuber yang berjaya. Ataupun anda dah bertahun-tahun jadi youtuber, tapi nak dapat 14 orang subscriber pun susah. Jangan risau..percayalah, anda tidak keseorangan..
Jadi di petang yang indah ini, saya ingin berkongsi sedikit tips yang boleh kita sama-sama praktikkan untuk memajukan lagi Youtube Channel masing-masing..
1) Praktis
-Pilih lagu yg kita dah hafal dan master. So bila kita record,kita dapat berikan persembahan terbaik. Anggap macam audition, jurinya netizen. So bila netizen jurinya,kita dah kena expect yg diorang nak dengar yg SEDAP sahaja..yang tak sedap diorang tak nak tau..kita tak cukup praktis ke,tak cukup tido ke,lagu baru dengar ke..
2) Kualiti Audio
-Cover2 zaman sekarang dah macam single punye sound.So kalau kita nak bersaing dengan diorang, kualiti audio kita pun mesti setanding. Tak perlu terlalu gempak pun, janji cukup untuk pendengar menghayati muzik atau suara penyanyi atau band. Ni kadang-kadang, muzik lagi kuat dari suara.Gitar solo dengan drum je yang dengar..
3) Imej/Penampilan
Cuba tengok cover2 yg subscribernya cecah ratus ribu. Cuba tgok dia pakai mcm mana.Setting dia mcm mana.Sebab manusia ni ade yg suka audio..ade yg suka visual.Kalau jenis audience yg mmg fokus pada visual,diorang mmg akan terganggu kalau background x cantik la,gelap sangat la,rambut tak sikat la..dan mcm2 lagi..So cuba pilih satu channel untuk jadikan reference.
4. Cari keunikan sendiri
Cover lagu siapa pun,cuba improvise jadikan kita punye version.Jangan terlalu terikut2 dgn style penyanyi asal.Contoh..lagu fly me to the moon. Cuba taip, fly me to the moon cover. Cuba tengok ada berapa banyak style. Ada jazz, ada nyanyi dengan piano, ade dgn saxophone dan macam-macam lagilah..so korang boleh carik idea kat situ untuk jadikan cover korang lebih menarik.
5. Cari lagu yang tengah trending/popular
Kita kena “tumpang” populariti lagu2 lain untuk org jumpa kita.Contoh..korang ada band yang diberi nama Sendu.So orang tak kenal lagi band Sendu tu. Jadi salah satu cara nak naikkan views sikit ialah dengan cover lagu-lagu yang tengah popular.
Contoh, lagu Pulang(by Insomniack). Bila korang upload, letak tajuk dia jadi Pulang – Cover By Sendu Band.So orang yang taip kat google/youtube nak cari lagu Pulang(Insomniack) ada potensi nak jumpa band korang tu, sebab youtube akan rekomenkan channel2 yang ada upload pakai keyword “pulang.”
Dekat situlah kita ade peluang untuk orang jumpa cover kita.Padahal diorang search lagu pulang.Tapi yang buat cover lagu pulang pun dapat tempiasnya.
6. Just do the best..tawakal n redha
Bila dah upload tu, tawakal je la..Yang penting kita dah buat yang terbaik . Bila ada orang puji,Alhamdulillah, bila ada orang keji, bersabarlah..dan buat yang lebih baik lagi untuk cover yang seterusnya. Teruskan usaha untuk memperbaiki lagi persembahan kita.Ok tu je
Semoga Bermanfaat









