PERIHAL PRODUCER – PART 1

0
HAIRUL HASNAN
MUSIC PRODUCER

Seringkali perkataan produser/penerbit akan disebut kalau kita terlibat secara langsung atau bercerita tentang rakaman sesebuah lagu.

“Siapa bikin ni lagu tuan?”

“Siapa producer dia?”

Istilah-istilah yang mengelirukan kerana membawa maksud yang hampir sama. Di sini saya cuba untuk rungkai maksud di sebalik istilah yang digunakan.

Producer atau dalam bahasa melayunya penerbit lagu bertindak sebagai pengarah projek untuk sesebuah rakaman sama ada lagu atau album. Setiap pengarah projek tentunya mempunyai kekuatan atau style masing-masing, contohnya penerbit untuk Justin Bieber sudah tentu tidak sesuai untuk menerbitkan lagu Slipknot kerana itu bukan bidang atau kekuatan dia.

Kalau kita bercerita dalam konteks penerbitan lagu di Malaysia, penerbit lagu Noraniza Idris tentunya mempunyai skillset yang berbeza dari penerbit lagu SOG. Contohnya mungkin penggunaan ritma, tempo, melodi atau pemuzik sessionist yang berbeza.

“Tuan, maksud kau penulis lagu kah ni?

”Eh bukan!!

Bukan penulis lagu. Penulis lagu itu composer. Dia bertanggungjawab untuk menulis melodi dan mungkin juga lirik untuk sesebuah lagu. Tapi dia tidak semestinya producer.

“Jadi apa maksud kau ni ah tuan?

Bikin bingung..

Ok kejap. Saya jelaskan lagi. Katakan saya ada tulis lagu. Maksud saya tulis ni macam saya ambil gitar, saya rakam pakai handphone nyanyi melodi “la-la-lalala” atau ada lirik asas lepas tu saya simpan. Itu kira penulis/pencipta lagu (composer).

Lepas tu saya pigi tempat kawan saya untuk rakam.

“Jadi tuan, tukang rakam tu producer lah?”

Mungkin iya dan mungkin tidak. Biar saya jelaskan.Menurut Richard James Burgess dalam bukunya “The Art of Music Production” (rujuk gambar), producer boleh diklasifikasikan kepada 6 jenis.

(Nota : Tidak bermaksud ada jenis producer yang lebih bagus dari producer yang lain, semuanya sama, cuma untuk tujuan pengklasifikasian sahaja.)

1) Artist (Artis DIY)

Jenis yang pertama ini yang paling banyak baru-baru ini. Oleh kerana peralatan rakaman semakin murah dan terdapat banyak studio-studio di Malaysia yang mampu sewa, semakin banyak artis yang menerbitkan lagu sendiri.

Menerbitkan di sini bermaksud merakam sendiri (sama ada di rumah atau studio), kalau dia tiada band dia cari kawan-kawan untuk tolong main gitar atau drum. Dia sendiri program MIDI dalam komputer, lepas tu hantar ke kawan lagi satu untuk tolong kasi sedap sound.

Siap lagu, sendiri hantar ke radio atau bikin video clip upload di youtube. Semua DIY. Golongan sebegini dipanggil producer sebab semua dia bikin sendiri sebab semua dia yang handle, dia yang jadi pengarah projek pakai duit sendiri cari. Tiada input dari siapa-siapa semua sendiri.

Ini baru satu dari enam jenis producer. Untuk yang seterusnya, kita sambung pada posting seterusnya.(Bergantung kalau ada yang mahu membaca.)

Terima kasih!