
MUSIC PRODUCER
Kita dah cerita tentang Artist Producer, kali ni kita ceritakan kategori kedua producer iaitu Auteur Producer. Kalau Artist Producer ni artis itu sendiri yang produce album mereka (secara keseluruhan), kategori kedua ni artis itu diterbitkan oleh orang lain. Artis tu tinggal nyanyikan lagu jak.
“Tapi bukan memang ini dua jak kah tuan kategori yang ada? Satu yang tulis lagu sendiri, satu lagi orang lain yang bikinkan lagu..”
Tidak lah tuan, itu baru dua yang kita biasa. Tapi ada yang lain-lain lagu tu yang akan disentuh lepas ni.Mari saya ceritakan tentang kategori kedua dulu sebelum kita teruskan ke kategori lain.
2) Auteur (Penulis/Pencerita)
Jenis yang kedua ini merujuk kepada seseorang (atau satu team) yang menjadi tunjang kreativiti dalam penerbitan sesebuah lagu (atau album).
Auteur producer ni biasanya ada jak tu orang cari dia untuk beli lagu. Memang dia terkenal sebagai pencipta lagu. Jadi, selalunya producer kategori ni ada ‘stok lagu’ sudah tu yang ready sudah untuk dijual.
Biasa sudah tu producer dalam kategori ni rakam idea untuk melodi. Selalunya, hampir semua instrument dalam lagu tu sudah pun dirakam/diprogramkan, tinggal adjust sikit-sikit dan masuk vokal jak tu.
Sebab tu, lagu yang auteur producer terbitkan ni ada signature sound atau style yang senang mau kenal, sebab semua parts pun dah siap buat oleh auteur producer. Jadi tidak akan dapat lari juga tu mesti ada dorang punya personal touch dalam lagu.Atau kalau dalam bahasa majalah hiburan;
“Lagu ini telah mendapat sentuhan ______.”
Saya jelaskan lagi lah maksud saya di sini. Personal touch di sini bermaksud persamaan style dari segi struktur dan gubahan lagu, rentak, melodi, tema lirik atau genre. Kalau menurut Burgess juga (penulis buku yang saya rujuk – dalam gambar), auteur producers ni biasanya ada syarikat rakaman sendiri, atau label sendiri, atau ada perjanjian sudah tu untuk pemilikan hakcipta.
Takkan mau jual terus sekali hak cipta kan?Jadi kalau kita teliti lagi cara penerbitan lagu auteur producer ni, keputusan untuk hala tuju lagu (direction) lagu tersebut dari segi feel, gubahan, melodi, instrumentasi dan sebagainya sudahpun diputuskan oleh producer lagu, penyanyi tinggal nyanyi.
Tidak seperti Artist Producer dalam kategori sebelum ni yang mana semua pun artis tu sendiri yang atur.
“Jadi tuan, kalau saya tulis melodi jak dan suruh orang lain bikin muzik dia macamana la tu? Producer kah saya?”
Bukan juga sebab seperti yang saya sudah cerita di bahagian sebelum ni; kalau macam tu tugas kau ialah composer. Composer ni dorang tulis melodi (mungkin berserta lirik juga) lepas tu hantar dengan orang lain untuk membuat semua keputusan mengenai halatuju muzik.
Dalam situasi ini, yang buat keputusan tu lah producer sebab dia yang buat keputusan (project manager).
“Yang bikin gubahan kah tu tuan? Dia la producer tu?”
Bukan juga.. Itu arranger (penggubah lagu). Saya bagi contoh lagi la;
A) Kalau kau tulis lagu, dan kau yang atur sama arranger
“Kau tambah piano sini.. Kasi bunyi biola bikin sedih-sedih sikit sound dia.. Lepas tu part ending ni kau kasi tabal sikit bunyi dia..”
lepas tu ada orang lain yang nyanyi tu lagu, OK yang itu kau lah producer tu sebab kau yang buat keputusan.
B) Kalau kau tulis melodi, lepas tu jual sama penyanyi, lepas tu penyanyi tu sendiri yang cari band untuk bikin muzik dia dan kasitau band tu
“Kau tambah piano sini.. Kasi bunyi biola bikin sedih-sedih sikit sound dia. Lepas tu part ending ni kau kasi tabal sikit bunyi dia..” jadi tu penyanyi lah producer.
C) Kalau kau tulis melodi, jual sama ada orang lain yang uruskan sorang penyanyi, lepas tu pengurus tu yang cari band dan kasitau band tu
“Kau tambah piano sini.. Kasi bunyi biola bikin sedih-sedih sikit sound dia.. Lepas tu part ending ni kau kasi tabal sikit bunyi dia..” jadi orang tu la producer (orang macam ni ada dalam kategori lain yang kita akan bincang kemudian).
D) Tapi kalau penyanyi tu (atau pengurus penyanyi tu atau syarikat rakaman) beli tu lagu sudah siap bikin muzik segala tinggal dia nyanyi, maksudnya semua keputusan tentang lagu tu sudah pun dibuat oleh pembikin lagu tu kan?
Jadi pembikin lagu tu la producer dan dia dalam kategori auteur producer.Seperti dalam intro saya tadi; ada auteur producers yang berkerja as a team; dalam production team dia ada yang tulis melodi, ada yang buat muzik/gubahan dan ada yang tulis lirik.
Produk dah siap, tinggal nak jual dengan penyanyi. Jadi team tu lah producer. Sebab tu kadang-kadang dalam credit ada 2 atau 3 nama sebagai producer.Jadi, cara paling mudah untuk kenalpasti auteur producer ni, bila kita dengar satu-satu lagu kita boleh cakap:
“Oh lagu ini.. Mesti _______ yang bikin ni lagu, macam sound-sound dia bah tu..”
Perkataan “macam sound-sound dia” tulah yang menjadi clue kepada auteur producer. Ada sentuhan dia yang kita boleh cam.Saya bagi lagi contoh tiga producer lagu rock di Malaysia:
1) Lagu yang diproduce oleh lagenda ini banyak menceritakan tentang cinta, atau putus cinta atau tema yang sepertinya. Dari segi mixing lagu, ‘keyboard – strings’ memainkan peranan yang sangat besar dalam lagu yang dia produce. Terutamanya waktu verse, gitar main clean broken chords dan sound gitar mixed ke belakang (tidak ketara sound gitar). Tapi part solo gitar lagu memang berapi, siap pendengar boleh hafal solo dia. Tempo lagu kebiasaan dalam largo – adagio.
2) Lagu yang diproduce lagenda ini pula rancak, banyak parts guitar; palm muted atau sustained atau broken chords tapi memang sangat jelas dalam mix dan memainkan peranan penting. Producer pun sangat mementingkan tone gitar keseluruhan lagu. Keys tak berapa ke hadapan, kalau ada pun mungkin sound organ untuk memenuhi ruang frekuensi. Lirik pula banyak berbentuk refleksi masyarakat.
3) Lagu yang diproduce lagenda ketiga ini puitis bahasanya. Dari segi lagu muzik pula, ada menyerapkan elemen nusantara dan kemelayuan dalam segi sound (contohnya bunyian seakan nafiri atau skel nusantara). Dan kadang-kadang ada elemen mistik dalam lagu.
Jadi, dari contoh yang diberi kita tahu bahawa beberapa producer kepada banyak band-band rock tempatan ini merupakan auteur producer dan mempunyai sound/style mereka sendiri.
Selain itu, lagi satu contoh yang baik ialah lagenda muzik tanahair, Allahyarham Pak Ngah. Tak kisahlah dia produce lagu Siti Nurhaliza, Noraniza Idris, atau lagu patriotik, mesti ada ‘sentuhan’ Pak Ngah dalam lagu tersebut.
Untuk generasi sekarang ni rasanya lagi ramai yang ada dalam kategori ni sebab munculnya ramai penyanyi solo sejak kebelakangan ni. Banyak lagu yang diproduce oleh auteur producers.
Ok, saya teruskan. Menurut Burgess dalam buku beliau, kategori ini tidak sesuai untuk dipadankan dengan band atau penyanyi yang ingin mengekalkan identiti mereka sendiri, tidak mau lari.
Ini kerana, auteur producer ini biasanya akan secara sengaja atau tidak sengaja terapkan stail dan identiti mereka dalam lagu yang mereka terbitkan.
Makanya, sewaktu mencari producer perlu juga lihat sama ada producer dengan band itu matching atau sesuai; dari segi direction dan halatuju band dan dengan producer punya style atau sentuhan.
Saya rasa kalau saya mau bagi contoh; seperti kalau ada band metal yang mau producer yang specialty dan style dia bikin lagu EDM untuk produce lagu dorang, macam tidak ngam kan?Tapi sebenarnya tiada masalah bah tu.
Ada juga yang band mcm tu untuk bereksperimen dan cari sound baru. Tengok bila Coldplay mintak Avicii (mendiang) terbitkan album dorang (album bertajuk Ghost Stories), mcm EDM sudah kan hasil dia?
Memang waktu itu Chris Martin ingin mencari sound baru dan keluar dari kepompong British sound dia.
Jadi saya ulang semula, antara benda yang perlu dinilai untuk mencari producer ialah kenalpasti producer tu jenis apa. Kalau band mau kekalkan identiti, cuba jangan cari auteur producer. Cari jenis yang dalam kategori seterusnya.Apa kategori keseterusnya? Tunggu..









