
MUSIC PRODUCER
Sedar-sedar dah settle dua kategori; Artist DIY dan Auteur Producer. Kalau kita imbas balik, Artist DIY ni dorang yang buat semua sendiri, Auteur Producer ni pulak lebih kurang macam Bank Lagu untuk syarikat rakaman atau artis.
“Jadi tuan, macamana pula kalau dia tidak tulis lagu, dia bukan juga artis tapi dia ada studio dia rakamkan band tu. Atau yang lebih kurang macam manager la yang uruskan band tu punya recording. Ada juga ka producer kategori itu”
Ada tuan.. Ni la ni kita mau cerita producer jenis ni.
3) Facilitative (Pemudahcara)
Macam maksud nama dia, producer ni dia memudahkan artis tu waktu recording. Bukan bermaksud dia terus jadi manager band tu terus kontrak sain mati atur semua urusan band tu sepanjang band tu ada, tapi dia ni terlibat sama band tu time recording album atau lagu tu jak.
Lepas siap album atau lagu tu, masing-masing bawa haluan sendiri.Selalunya, golongan ini ditulis di bahagian credits sebagai co-producer, artis tu producer. Dorang ini kadang-kadang kerja hakiki dia sama ada audio engineer, keyboardist & MIDI programmer atau co-song writer, atau arranger.
Tapi sambil-sambil tu dia, memudahkan artis yang dia kenal tu untuk berkarya.Contohnya;
1) Bila artis tu tulis lagu, producer yang kebetulan ada kemahiran audio engineer ada di studio jg merakam demo latihan dorang lepas tu sama-sama komen tentang arrangement lagu.
2) Atau pun waktu penulisan lagu, producer yang kebetulan ada kemahiran main keyboard mainkan chords untuk kasi mood dan idea lebih banyak untuk penyanyi menulis.
3) Atau waktu mencari idea, producer yang kebetulan ada kemahiran arranging lagu ada di situ kasi idea apa yang bassist boleh main contohnya overchords, bukan malar root.Orang-orang mcm ni dia jenis Facilitative Producer.
Kira macam kalau penyanyi tulis lagu, producer ada la di situ bagi input sikit-sikit. Komen korus dia sedap atau ndak sedap, atau komen feel dan lirik lagu, atau bagi idea melodi sikit-sikit.Dia jadi macam sparring partner penyanyi tu la.
Dia tolong percepatkan proses kasi siap lagu. Producer jenis ni tidak bagi input atau arahan terlampau strict contohnya mesti mau ikut cara atau feel si producer tu. Dia kasi biar jak tu artis bikin lagu dia. Cuma dia ada di situ untuk bantu kasi kembang idea penyanyi tu.
Biasanya, producer jenis ini akan bertugas dalam hal-hal yang artis itu tidak mahir contohnya recording atau arrangement. Ataupun hal-hal yang artis/band tu tidak ada masa mau atur sebab sibuk dengan cari idea contohnya hal-hal pengurusan (booking studio, set time practice, cari sessionist).
Dia bukan manager, pasal manager lain lagi kerja dia. Tapi dia yang uruskan urusan berkaitan recording (studio, practice, cari sessionist, urusan bajet recording dsb). Dia bukan ahli band dan bukan manager band/artis, tapi kalau dia tiada untuk urusan recording tu mungkin tidak akan siap la album ataupun akan ambil masa yang sangat lama.
Producer kategori ini kebiasaannya tidak suka dikenali. Suka bekerja belakang tabir, cuma mahu bantu artis tersebut. Payment producer ni tidak besar berbanding auteur producer (pasal auteur jual lagu, yang ni cuma membantu rakaman).
Tetapi kata lah artis tu suka bekerja dengan producer ni dan tiba-tiba album yang dorang terbitkan tu berjaya. Mesti artis tu akan panggil lagi untuk next album dan album seterusnya masa hadapan kan?
Time ni lah producer tu boleh main harga. Jadi Facilitative Producer ni biasanya ada long term relationship dengan band yang dia produce.(Kecuali kalau band tu main taik, tak habis-habis mintak harga kawan-kawan atau mintak tolong berbayar senyuman ikhlas. Memang tiada payment terus la kesian producer.)
Dalam konteks muzik di Malaysia, mungkin ada kumpulan manusia yang macam ni. Yang banyak menolong artis/band memudahkan pembikinan album dorang.Dia tolong bookingkan studio atau introduce kawan dia yang bagus main saxophone untuk recording lagu baru band.
Atau dia tolong rakamkan practice session lepas tu bagi komen/idea. Atau dia pandai main gitar dan jamming sekali sekala untuk bantu penyanyi tu cari idea. Boleh la creditkan sebagai co-producer. Dan kalau korang dapat duit dari lagu tu, share la rezeki.
Tolonglah jangan bayar pakai ‘exposure’ jak.Akhir sekali, kategori ini tidak sesuai dipadankan dengan artis yang belum ada identiti sendiri, atau belum ada sound yang tersendiri. Ataupun tidak ada direction untuk album dia.
Pasal takut nanti satu album kucar-kacir bunyi. Kejap sound metal, kejap sound tekno, kejap sound dangdut keyboard Casio. Ataupun nanti terus tidak siap lagu atau album pasal tiada halatuju.
Dia sesuai kalau band tu memang establish sudah sound dia, ada suda idea macamana sound yang dorang mau kejar atau masing-masing masak sudah dengan style dan identiti band tu.
Jadi Facilitative Producer ni tinggal bantu dorang berkarya jak tanpa perlu risau mau bagi direction.
“Jadi kalau kerja dia tekan rakam jak tuan? Itu kira co-producer juga ka itu?”
Kalau dia duduk tekan record jak tidak bikin editing, tidak bikin mixing, tidak kasi idea tidak kasi apa-apa input sama kau.. Tekan rakam jak.. Tu namanya jururakam (recording assistant), bukan co-producer tuan..
“Ok tuan macam aku faham suda sikit. Artist DIY bikin sendiri semua, Auteur Producer jual lagu, Facilitative dia tulung-tulung sikit kasi kembang idea. Tapi kalau producer ni jenis yang kukubesi sikit? Yang banyak bagi idea dan direction lagu.. Contoh kalau band tu bikin lagu lepas tu producer tu aturkan semua tentang lagu band tu, atau pandai-pandai dia ubah.. Ada ka kategori tu tuan?”
Itu pun ada, dan itu la yang kita akan cerita esok..
