
MUSIC PRODUCER
Ok, kita sudah cerita Artis DIY, Auteur dan Facilitative. Sekarang kita cerita pasal producer yang lebih terlibat dengan proses kreatif band, tidak seperti yang sebelum ni. Kategori ini dinamakan collaborative producer.
4) Collaborative (Kerjasama/Mediator/Mentor)
Yang ini mungkin bikin keliru sikit pasal lebih kurang juga macam jenis facilitative producer, tapi ada perbezaan.Kalau facilitative producer bagi kebebasan 100% kepada band untuk berkarya dan dia bantu memudahkan proses, collaborative producer ni dia lebih terlibat dalam proses kreatif band tu, kadang-kadang dia seolah-olah macam bandmember juga, cuma dia tidak officially dalam band.
Dia banyak di belakang tabir. Kalau yang Facilitative bagi kebebasan, collaborative ni dia ada suara untuk bagi pendapat.Penerbit begini biasanya orang yang berpengalaman, sangat kena respect oleh band dan lama sudah dalam industri.
Orang ni sama ada dia bagus arrange lagu, atau dia sendiri ada band sendiri yang sangat berjaya, atau pernah menerbit untuk orang lain, atau pernah jadi penyanyi/artis, ataupun hebat buat recording/mixing atau apa-apa yang berkaitan dalam industri seni.
Collaborative producer ni biasanya dia dijemput oleh band tu atau dilantik oleh syarikat rakaman untuk bagi pendapat, bagi idea atau untuk jadi mentor kepada band tersebut. Dorang minta share pengalaman atau minta guide dari idola dorang tu lah.
Dia akan terlibat secara langsung dalam proses kreatif band, tidak mcm facilitative. Dia terima idea band, lepas tu dia tambah ajinomoto tambah garam lagi kasi makin sedap.Contohnya kalau band tu ada verse sama chorus tapi tak ada interlude atau bridge, producer la yang akan cakap
“Bro, apa kata part ni kau letak bridge.. Pastu part solo gitar tukar chord progression.. Try main macam ni pulak..”
Hasilnya, karya asli dari band tetapi lebih dikembangkan lagi potensi. Tapi semua proses ni berlaku tanpa menerapkan stail dan identiti producer tersebut, producer cuma guide dan kembangkan lagi idea.
Selain tu, ini bagi kebebasan kepada artis untuk berkarya, tapi akan sekali sekala bagi cabaran baru kepada artis untuk keluar dari bunyi tipikal dia.Contohnya, mungkin suruh artis tu cari lagi idea baru kalau lagu tu terlalu simple atau sound lebih kurang lagu lama dia.
Atau dia suruh cuba campurkan dengan genre lain atau bagi idea untuk berduet dan sebagainya. Ataupun dia suruh tulis lirik tentang tajuk lain pula. Tapi dia tidak terlampau control band/penyanyi tu walaupun dia producer, di hujung hari keputusan masih dibuat oleh band/penyanyi.
Dia juga bukan orang yang paling berkuasa dalam band sampai semua mesti ikut cakap dia. Tapi producer jenis ni bandmember semua respect dan akan pertimbangkan cadangan dia. Yang bagusnya ada collaborative producer ni dia boleh jadi orang tengah untuk bagi peluang bandmember lain bagi pendapat, especially kalau dalam band tu penyanyi atau gitaris dominan dan mesti cara dia jak mau didengar (hehehe).
Tumpuan dan objektif utama penerbit jenis ini ialah untuk memaksimakan potensi band/artis yang dia produce. Selain tu, dia juga boleh bantu artis untuk bentuk identiti dan kekuatan sendiri dan mengembangkan bakat mereka.Artis yang dipadankan dengan collaborative producer yang bersesuaian dengan halatuju band akan menjimatkan banyak masa band tersebut untuk improve.
Sebab biasalah kalau kita ada band kita akan menghadapi situasi kekeringan idea atau lagu yang sama jak sound dia. Ataupun ada situasi yang mana ada orang dalam band yang sentiasa mau buat keputusan boleh menyebabkan kreativiti band tu tersekat.
Jadi khidmat orang ketiga (producer) sebagai orang tengah boleh membantu selesaikan hal ini, dan mungkin boleh menghasilkan lebih banyak idea dan mengembangkan evolusi band tersebut menjadi yang lebih baik.
“Jadi tuan, situasi producer yang macam ni perlu ada studio sendiri kah? Atau tidak perlu? Pasal macam dia jadi lebih kurang macam manager tapi yang urus hal kreatif jak ni..”
Begitu lah tu tuan, dia yang atur kreativiti band. Jadi tidak perlu ada studio sendiri tu mana-mana pun dia boleh bekerja. Sebenarnya, apa-apa kategori producer pun tidak perlu ada studio sendiri. Bagus kalau ada, sebab memudahkan. Tapi tidak wajib.
“Kalau macam tu tuan yang saya faham beza facilitative sama collaborative ni; yang facilitative ni macam kawan-kawan tengok band berkarya dan bantu apa yang patut untuk kasi mudah band bikin album, collaborative ni dia macam mentor dalam band lah kan tuan?”
Yaaaaaaa.. Begitu lah tu lebih kurang.. Collaborative ni dia macam mentor, yang facilitative ni dia macam kawan-kawan yang banyak tolong band. Pasal dia level kawan-kawan, dia pun tidak berani mau komen lebih-lebih. Dia tolong-tolong jak; main keys, atau main gitar atau record.
Tapi kalau dia tiada, memang tidak akan siap la album atau lagu band tu. Collaborative ni dia macam mentor la, jadi dia berani bersuara, bukan kawan-kawan.
“Jadi tuan, kalau yang macam ni.. siapa la kasi keluar duit untuk recording kalau collaborative producer ni? Apa la yang dia dapat kalau jadi producer untuk orang lain? Ada untung ka jugak?”
Yang kasi keluar duit untuk recording bukan producer la, syarikat rakaman atau band tu lah yang keluar duit recording. Producer tidak keluar duit, malah dia lagi yang kena bayar untuk guide dan produce.Apa yang producer tu dapat?
Mungkin dia dapat payment daripada band tu atau dari syarikat rakaman untuk menjadi mentor atau jadi guru kepada band. Atau mungkin dari produce band ini dia berharap dapat projek untuk produce band atau artis yang lain juga, untuk kembangkan portfolio dia.
Tengok la apa agreement dia sama band.Sebab itulah pentingnya kita credit orang yang betul dalam album kita, pasal mungkin dari situ dia dapat peluang lain untuk cari makan juga dan membantu karier dia.Atau sebab lain mungkin dia cuma mau kasi puas hati diri sendiri, suka-suka supaya ada pelapis.
Jadi ada banyak sebab kenapa orang mau jadi producer, bukan sebab duit jak.
“Di Malaysia boleh bikin ka ni macam ni tuan?”
Ada bah sudah macam tu..Panjang sudah, penat saya menaip. Jadi saya sambung esok lah bahagian 5 kan? Selamat berkarya!









