
MUSIC PRODUCER
Kita ingat semula dua bahagian awal topik ini, saya sudah huraikan tentang 4 kategori penerbit :
Artist,Auteur,Facilitative,Collaborative..Jadi yang kelima ni pendek sikit sebab memang mudah difahami tugas dia. Tidak macam yang sebelum ni.
5) Enablative (Kasi Jadi)
Enablative ni datang dari perkataan enable atau dalam bahasa melayunya membolehkan. Dalam bahasa Sabah, kasi jadi atau kasi jalan. Penerbit dalam kategori ini biasanya seorang discoverer, dia yang jumpa itu talent atau dia yang mengenalpasti orang ini ada potensi atau ada bakat.
“Cun oh lagu kau tuan, ada potensi ni.. Mari saya rakam lagu kau..”
Bayangkan waktu sebelum Malaysia merdeka dulu dan dalam beberapa tahun selepas nya. Home studio memang tiada lah zaman tu di Malaysia apatah lagi YouTube dan TikTok. Jadi, macamana lah penerbit-penerbit dulu cari artis kan?
Mungkin dari pertandingan bakat, atau mungkin ada orang-orang yang ke sana sini mencari bakat di kampung-kampung untuk dirakam lagu dorang. Tengok persembahan sewaktu keramaian di kampung, atau tanya orang kampung siapa yang sedap suara dia.
Atau pergi ke fun fair cari band-band yang bagus. Orang-orang yang mencari bakat inilah termasuk dalam kategori enablative producer.
“Ada masih tu tuan sekarang yang bikin macam tu. Banyak home studio la yang kadang-kadang kasi iklan mau cari orang yang mau merakam lagu atau offer mau merakam lagu dorang secara percuma, tapi mesti audition dulu. Kalau lulus dia sign under studio tu. Macam tu kah tuan?”
Iya macam tu lah tu. Producer yang approach untuk producekan lagu dia. Beza dengan collaborative (band atau syarikat rakaman tu cari producer) atau facilitative (band dibantu untuk menyiapkan rakaman) atau auteur (lagu ditulis oleh producer).
“Kalau macam tu, siapa yang bayar recording tuan? Sudah penyanyi tu kena offer takkan dia pula yang bayar.”
Betul, dan selalunya artis tu akan signed under management producer tu lah. Win-win lah kan?Dan menurut penulis buku tu yang saya rujuk tu lagi (Burgess), biasanya artis yang dia produce tu memang talent yang baru, tidak pernah dirakam atau dijumpa oleh siapa-siapa lagi.
Enablative producer ni lazimnya akan terbitkan lagu pertama atau album pertama artis tu sahaja. Kalau artis tu famous, mungkin penyanyi tu akan kena tarik oleh syarikat rakaman yang lain pula dengan offer yang lagi bagus. Kalau artis tu tak menjadi, buat apa producer tu produce dia lagi kan?
Penerbit enablative ni biasanya dia bagi artis seliaan dia kebebasan kreativiti dalam berkarya 100%, untuk keselesaan artis tu. Dia tidak terlampau mau control macamana lagu tu, ikut saja apa yang artis tu selesa.
Pasal kategori ni banyak bergantung dengan first impression yang dia dapat bila tengok talent tu. Jadi dia tahu apa kekuatan talent tu dan dia akan bagi kebebasan berkarya sebab dia percaya dengan talent tu.
Dia juga selalu ada sewaktu proses rakaman (kadang-kadang jadi pemuzik dalam rakaman tu). Ini untuk menyelia dan memerhati kualiti rakaman penyanyi tu, supaya setanding dengan first impression yang dia dapat.Settle.. Pendek jak kan?
Saya rasa ramai juga ni enablative producer di sini, terutamanya yang produce indie band. Dan ada yang bertukar dari enablative pergi ke collaborative juga. Tidak salah, memang begitu lah tu perjalanan dia.Esok, bahagian terakhir. Semoga perkongsian saya kali ni juga bermanfaat.
Wassalam.
