PERIHAL PRODUCER – PART 6

HAIRUL HASNAN
MUSIC PRODUCER

Consultative (Penasihat)

Ini yang saya rasa belum ramai lagi dalam industri kita. Biasanya producer ini seorang yang berpengaruh dalam industri, dan mempunyai nama besar/terkenal (contoh dalam kategori ini : Rick Rubin). Mungkin ada tapi saya tak berapa pasti sebab tak tahu cara kerja producer yang ada di dalam negara.

Consultative producer ni dia macam mentor, bagi nasihat jak. Mungkin dia ada team yang selalu bekerjasama dengan dia (maksudnya ada arranger yang selalu dia upah, ada studio yang selalu dia book untuk rakam, ada audio engineer yang selalu dia panggil).

Dia cuma dengar final product dan bagi komen-komen jak. Contoh :

“Cuba kau tukar intro, pendekkan sikit solo gitar, part lepas solo tu mungkin boleh modulate key..”

Dia tukang komen jak, kerja dia lebih kurang macam buat quality check untuk produk yang akan dikeluarkan oleh band/syarikat rakaman lah. Dia jarang ada waktu rakaman; ataupun waktu band practice ataupun waktu penulisan lagu.

Dia cuma dengar produk akhir dan bagi nasihat/komen. Ada juga yang terlibat sewaktu proses penulisan, tapi dia tidak akan komen dari segi penulisan lagu. Dia cuma akan bantu kalau artis dah mati akal, kering idea, tak tahu mana nak cari Ilham dah sebab banyak lagu yang dia tulis lebih kurang bunyinya.

Jadi producer ni akan bagi input dari segi falsafah, atau komen dia akan bersifat lebih umum (general). Contohnya Brian Eno yang guna ‘strategy cards’. Maksud strategy cards; sewaktu proses penulisan lagu dia kan bawa 100 lebih keping kad/kertas bertulis.

Di atas kad tu ada tulis arahan yang sangat rambang (yang berkaitan penulisan lagu) contohnya :

“Fade-out kan ending lagu tu”

Jadi artis akan cuba cari cara untuk fade out kan ending dia (mungkin repeat chorus atau tulis bahagian outro) atau

“Start lagu dengan chorus”

Atau

Ambil buku yang ada atas meja, buka ke mukasurat 43, perkataan pertama sekali yang kau nampak, kau tulis lagu tentang itu”

atau

“Ambil dadu, lempar 6 kali. Tulis chord progression ikut nombor di dadu itu pastu kau tulis melodi”

Jadi, band yang dia produce tidak akan kekeringan idea dan dapat ilham baru dari cabaran tersebut. Tidak ramai producer yang sesuai untuk masuk dalam kelompok ini. Dan tidak ramai artis yang sesuai bekerja dengan producer macam ni.

Jarang ada artis yang boleh terima kalau producer dia tiada sewaktu proses rakaman atau waktu penulisan lagu atau sewaktu proses kreatif berlangsung (dia rasa mcm buat apa aku bayar mahal-mahal kalau dia tak datang, tahu-tahu nak komen je).

Lagipun, susah untuk seorang producer yang baru memulakan kerjaya dia untuk terus jadi consultative producer sebab tiada artis yang mau dengar komen orang yang tiada kejayaan yang boleh dijadikan contoh.

“Kau siapa nak komen-komen lagu aku? Kau sendiri pun takdak lagu tapi memandai nak komen-komen…” (mungkin ada artis akan cakap mcm ni)

Lagi satu, producer yang sangat mahu control semua tentang lagu yang dia selia atau terlampau detail kerja dia (semua mesti ikut apa yang dia cakap) tidak sesuai untuk jadi consultative producer.

Ini kerana penerbit konsultatif adalah seorang yang suka bagi kebebasan semua proses rakaman/pembikinan lagu pada orang lain (sama ada artis itu sendiri atau arranger dia atau engineer dia). Yang dia tau, dia nak dengar hasil akhir je.

Kebiasaannya, producer jenis ini juga mesti ada pengetahuan dari segi teknikal dan pengetahuan muzik supaya dia tahu apa nak komen. Ciri yang paling penting untuk jadi penerbit konsultatif ini ialah dia perlu tahu apa kekuatan band, halatuju/identiti band, apa material yang dorang ada, apa mood material tersebut (contohnya lagu dorang tentang putus cinta atau rock yang marah atau motivasi/ketuhanan), energy material tersebut, kesesuaian lagu tersebut dengan pendengar (target audience) dan benda-benda macam tu untuk tujuan kualiti penerbitan.

Penerbit konsultatif (consultative producer) perlu kenalpasti kesemua benda ini dan gunakan sebaik mungkin dan serahkan kerja-kerja rakaman kepada team dia. Dia akan komen je sebab banyak lagi benda yang dia perlu fikir (mungkin).

Penutup

Jadi, tamat dah cerita kita tentang producer/penerbit muzik. So, dah faham la kan apa maksud title tu?

“Iya tuan, boleh faham sudah.. Jadi tuan, kalau saya kategori Artis DIY, tidak boleh jadi autuer atau collaborative ka tuan?”

Eh, ada pula macam tu. Tidak salah bah itu. Cuma maksud saya ialah kalau kau ada terlibat dengan benda-benda macam yang tersenarai di atas, bolehlah kau dapat credit sebagai producer lagu. Sekurang-kurangnya kau tau apa tugas kau kalau kau diminta jadi penerbit (producer).

Kalau kau yang buat semua kerja rakaman lagu kau sendiri, kau lah penerbit. Kalau kau ambil lagu ditulis orang lain lepas tu kau arrange, kau program MIDI dia kau yang buat semua dan penyanyi rakam suara jak, kau la penerbit. Kalau ada band datang sama kau minta kau guide dia, kau la penerbit. Kalau kau jadi mentor band tu untuk album baru dorang, kau la penerbit.

Tapi kalau ada orang minta kau tolong rakam jak (contoh kumpulan penari atau untuk lagu sekolah), tengok apa tugas kau dalam penerbitan tu. Kalau semua keputusan tentang lagu tu orang lain yang buat dan kau ikut apa yang client kau mau, tidak adillah kalau kau dicredit sebagai penerbit kan?

Sebab nanti kalau orang lain datang kat kau untuk buat lagu yang sama, tapi kau tidak pandai buat sebab bukan kau yang handle projek sebelum ni, malu juga kan?

Kesianlah dengan orang yang buat kerja producer kalau kau yang claim kau produce. Jadi dalam contoh macam ni, kau credit jadi audio engineer atau recording assistant lah. Atau kalau boleh bincang sama ketua projek, kau kira credit sebagai co-producer la. Macam tu lah.

Producer ni orang yang buat keputusan, atau yang macam awal-awal saya cerita di bahagian satu, penerbit adalah pengarah projek.

Sekian! Terima kasih kerana membaca.