TIADA LAGI ESOK – RAYME ZAINAL

1
RILHAM SHAH
KOMPOSER

Harini aku nak cerita siket pasal lagu Tiada Lagi Esok. Komposer lagu ni ialah Zainal Zulia. Dan dinyanyikan oleh Rayme Zainal. Lagu ni merupakan lirik pertama yang aku tulis untuk komposer lain. Apa cerita sebalik lagu ni? Panjang perjalanan lagu ni..so aku ringkaskan siket.First sekali komposernya post dekat group untuk cari lirik untuk lagu barunya.

20/9/2016

Melodinya camni..

First Demo

So aku pun carik2 idea..and first sekali aku tulis lirik camni.Tajuk dia Sepi Yang Sempurna..

22/9/2016

Sepi Yang Sempurna

Ku Pejamkan Mata
Agar Dapat Bermimpi
Wajah Seseorang
Tersenyum Padaku

Ku Sangka Kau Hadir
Dan Membawa Cahaya
Saat Terpenjara
Dalam Kegelapan

Namun
Bayang-bayang pun pergi
Tinggal Aku Menanti
Sisa-Sisa Cahaya
Bila
Tiada Lagi Cahaya
Tinggal Aku Dan Sepi
Sepi Yang Sempurna

Ku Sangka Kau Hadir
Dan Membawa Cahaya
Saat Terpenjara
Dalam Kegelapan

So dia jadi mcm ni..

Demo – Sepi Yang Sempurna

Tapi komposernya cakap macam sedih sangat..so aku pun try carik ilham lain.Tiba-tiba aku terbaca conversation ni..

Maka dari situlah aku dapat ilham untuk tulis lirik..

“Tak Pernah Mengerti
Apa Yang Kau Katakan
Namun Suaramu
Mendamaikan Kalbu”

Tapi aku nak tulis sesuatu yang bersifat umum dan boleh diinterpretasikan berdasarkan pengalaman orang yang akan menyanyikannya. So aku terbaca kisah seseorang yang kehilangan anak yang masih kecil. Masa tu aku dapat tulis..

“Kasih Kau Dan Aku
Anugerah Terindah
Merentas Garisan
Dunia Yang Berbeza”

Jadi aku cuba tulis lirik yang bersesuaian untuk kedua-dua cerita.Pemilihan perkataan dan cerita harus selari samada jika seseorang kehilangan kucing atau pun kehilangan anak. Aku cuba mendalami bagaimana kasih sayang yang wujud dari dunia yang berbeza.Bila dah siap, aku submit kat Zainal Zulia, aku cakap lagu ni pasal kucing. Pada asalnya aku letak tajuk lagu ni Cinta 2 Dunia.

23/9/2016

Cinta 2 Dunia

Tak Pernah Mengerti
Apa Yang Kau Katakan
Namun Suaramu
Mendamaikan kalbu

Kasih Kau dan Aku
Anugerah Terindah
Merentasi Garisan
Dunia Yang Berbeza

Aku
Inginkan Lebih Waktu
Bermimpi Bersamamu
Dalam Belaianku

Namun
Mungkin Waktu Cemburu
Tiada Lagi Esok
Untuk Cinta Kita

Di dalam Memori
Pasti Takkan Terpadam
Waktu Ku Pelukmu
Buat Kali Terakhir

Demo – Cinta 2 Dunia

Selepas beberapa perbincangan, maka terhasillah satu demo yang lebih proper. Demo ni aku buat dekat Apple Studio Ampang.

Demo – Cinta 2 Dunia(Versi Piano)

Dan ramai penyanyi yang cuba menyanyikan lagu ni..akhirnya Penyanyi yang terpilih ialah Rayme Zainal. Tahniah! So akhirnya terbitlah satu single yang diterbitkan pada 8/2/2020/. Tajuk pun kita tukar kepada Tiada Lagi Esok.

8/2/2020


TIADA LAGI ESOK

Setiap orang bebas untuk menginterpretasikan maksud dan lirik lagu ni. Biasanya kita akan kaitkan dengan apa yang berlaku dalam hidup kita. Ketika aku menulis lirik ni, memang aku bayangkan perasaan orang yang kehilangan kucing. Berdasarkan kajian aku kat google dan youtube, memang banyak aku jumpa cerita dari pemilik kucing yang sangat bersedih bila kehilangan kucing kesayangannya.

Tapi macam mana nak tahu perasaannya kalau aku sendiri tak pernah melaluinya? Aku hanya mendalami, tapi tak pernah mengalami. Aku yakin ketika aku tulis lirik itu, aku belum benar-benar memahami perasaan itu, sehinggalah pada satu hari,ada seekor kucing menghampiri..

HARI-HARI TERAWAL

Seperti kebanyakan kucing-kucing lain, aku biasa bagi biskut kucing tu kat mana2 kucing yang mintak makanan. So aku pun bagi la dia jugak. Tapi dia sondol-sondol je kaki aku, tapi tak makan pun.Biasanya kucing lain akan makan. So aku pun tak tau nak buat apa, aku masuklah rumah..

Dah dia ikut pulak..

Tanpa segan silu, dia masuk rumah aku. Aku pun biarkan je la dia ikut ke dapur. Sambil aku makan, aku bagi la jugak makanan kucing tu lagi kat dia. Tapi dia tetap tak makan.Last-last dia lepak je kat dapur teman aku sarapan..

Rasa kesian pulak sebab dia tak makan. Lepastu aku cakap dekat dia..

“Hey Gedik, ko nak makan apa, aku bagi ko whiskas ko tak nak”

Dia gedik-gedik siket pastu baring kat kaki aku. Sejak hari itu, aku panggil dia Si Gedik..

Dah tak pasal-pasal aku google..kenapa kucing tak nak makan. Hasil pembacaan aku, aku rasa dia nak jenis makanan basah. So aku cakap kat dia nantilah aku belikan makanan lain ya.Ko cariklah makanan tempat lain dulu..lepastu aku pun keluarkan dia. Petang tu aku cari makanan kucing yang mcm sardin tu. Aku sampai rumah lebey kurang pukul 8 lebey..tetiba tengok..

Macam tau-tau je..

Dia dah stanby depan rumah aku. So aku pun bagi la dia makan dekat depan pagar.

Memang berselera abes. So keesokan harinya..

Dia dah parking kat situ masa aku balik sarapan..

Aku belanja dia sarapan depan pagar.

Esoknya depan pintu..

Esoknya lagi masuk rumah terus.Lepas dia makan,dia teman aku sarapan pulak.Sopan je duduk atas meja..

Lepastu dia pun dah buat macam rumah sendiri..

Lepas sarapan aku selalu main-main kejap dengan dia..

Pastu aku keluarkan sebab aku nak buat kerja..Tapi dia stay je depan pintu.Tunggu rumah..

Haihh..aku bukannya ape. Niat aku cuma nak belanja makan kucing2 yang kelaparan je. Macam kucing-kucing lain, dah makan lepastu masing-masing akan balik ke tempat persembunyian masing-masing. Tapi Si Gedik ni lain, dia nak stay, walaupun dah kekenyangan.

SAAT-SAAT INDAH

Lama-lama aku tak perasan, makin sayang pulak dekat kucing ni. Macam mana tak sayang. Bila aku bukak pintu je, dia meluru camni..

Boleh dikatakan setiap pagi dia akan datang macam tu.

Makin lama aku biarkan je dia stay lama2 siket dalam rumah. Kalau aku buka pintu pun dia tak nak keluar.

Makin aku suruh keluar, makin dia baring dekat-dekat..

Nak Manja-manja..

Nak gigit-gigit..

Ada hari-hari yang aku tak busy sangat aku bawak dia masuk bilik. Dia suka lepak situ.Mungkin dia minat muzik macam aku jugak agaknya..

Tanpa disedari aku makin rapat dengan Si Gedik. Kalau sebelum ni datang pagi je. Lepastu dah datang pagi petang. Ada jugak hari-hari yang aku masukkan dia sebelah malam.

HARI-HARI TERAKHIR

Sesungguhnya saat yang terindah hanya sementara.Aku perasan perubahan sikap Gedik tak ceria macam biasa. Macam ada sesuatu yang mengganggu emosinya..

Sikap dia dengan kucing lain pun berbeza. Aku tengok Gedik jadi takut-takut.Padahal sebelum ni dia selamba je sondol-sondol kucing ni(Aku panggil dia Gegirl). Memang selalu juga kucing ni datang and lepak makan. Kalau dengan kucing lain dia takut aku tak pelik sangat. Tapi tiba-tiba dengan Si Gegirl pun dia takut aku pelik siket.

Tak lama lepastu, dia hilang selera makan pulak. Dia makan jugak, tapi tak berselera macam biasa. Biasanya satu paket confirm habis dia makan kalau belah pagi.

Dah macam-macam jenis makanan aku bagi dia tolak. Mula-mula aku fikir mungkin dia kenyang. Tapi bila dah banyak kali tolak tu aku risau jugak. So malam tu aku biarkan je dia stay dalam rumah. Aku bawak masuk bilik. Sambil-sambil aku buat kerja tiba-tiba dia datang.Parking dekat laptop aku..

Manja betul dia hari tu..

Esoknya aku carik lagi makanan-makanan lain untuk try bagi dia.Tapi sume dia tolak.Yang peliknya, tetiba dia makan whiskas yang selalunya dia memang tak makan tu. Aku lega la jugak tengok dia makan, lagipun tengok dia dah macam ok pulak dengan Si Gegirl.

Petang tu dia minum air dengan banyak.Aku ingatkan petanda positif. Rupanya, ini video terakhir yang aku dapat ambil masa hayatnya.Memang aku tak sangka hari ni akan jadi hari terakhir untuknya.

Malam tu aku tengok dia macam menjauh. Dia bersembunyi dekat tong sampah. Aku ambil dia bawak masuk rumah. Aku bagi makan lagi sekali memang dia tak nak. Pastu aku letak je dalam bilik. Aku cakap kat dia..

“Besok kita pergi klinik ya..”

Aku survey2..tengok klinik bukak pukul 11..

So malam tu aku biar je dia tido dalam bilik. Nampak dia macam lemah sikit. Ada satu masa dia datang dekat katil aku. Dia tengok lama-lama dekat aku. Seakan nak beritahu masanya dah tak lama.

Malam tu bila aku tido, aku perasan dia baring bawah katil. Tak pernah sekali pun sebelum ni dia masuk bawah katil.Pagi tu aku nak pergi toilet aku tengok dia masih baring dekat tempat yang sama.Sebelum ni, bila dia nampak aku nak keluar bilik, automatik dia akan kejar. Tapi kali ni dia senyap.Aku ambil dia, aku usap-usap dia sikit.

Tak lama lepas tu, aku nampak dia tiba-tiba macam menggelupur, sampailah dia termuntah. Lepas dia muntah terus pengsan. Aku pun kelam kabut, terus bawak dia pergi bawah. Dia dah tak respon. Masa tu baru pukul 7 lebey. Aku terus mesej klinik , dengan harapan mungkin boleh hantar untuk emergency. Tapi tak da reply. Aku gerak-gerakkan dia, badan dia dah kotor sebab kena muntah dia tadi. Mulut dia macam berbuih2 sikit.

Aku kejut dia banyak kali..

“Gedik..bangun!”

“Bangunlah..”

Banyak kali aku kejutkan dia. Aku tak tau nak buat apa. Aku picit-picit badan dia. Aku bersihkan bulu dia yang kena muntah tadi. Bila dah bersih aku balut dengan tuala.Aku letak atas meja dekat dapur. Tempat dia selalu teman aku sarapan. Masa tu aku masih mengharap dia akan bangun. Aku cuba tenangkan fikiran seketika. Rasa sedih dan kesal bercampur-baur. Hmm..kalaulah aku tak menunggu esok..

Aku tak sangka, semalam di meja yang sama,dia masih ada bermanja. Hari ini, hanya jasad kaku yang menemaniku. Buat kali terakhir, aku peluk dan cium kucing itu. Esok tiada lagi yang meluru, bila aku buka pintu.

MORAL OF THE STORY

Aku lihat secebis kisah ini,

  1. Sebagai Hadiah
    -Aku bersyukur dipinjamkan seketika dengan kehadiran makhluk istimewa ini. Hebatnya makhluk ini, kerana dia boleh membuat ramai manusia terhibur walaupun dia sedang tidur.
  2. Sebagai Pengajaran
    -Satu perkara yang aku kesalkan sebab aku tak sempat hantar dia ke klinik. Aku selalu tunggu esok. Sedangkan esok belum pasti ada untuk kita.
  3. Sebagai Peringatan
    -Hidup ini hanya sementara. Terlalu singkat.Tak kira siapa pun kita, kita tak kan tahu bila masanya akan berakhir. Hargailah setiap hari yang masih ada untuk kita sentiasa perbaiki diri.

    Akhir kata, mari dengarkan lagu Tiada Lagi Esok, ditujukan kepada sesiapa saja yang pernah merasai kehilangan.

Semoga ada manfaat yang boleh diambil dari kisah dan lagu ini.Terima Kasih