
MUSIC PRODUCER
Benda ni berlaku bukan baru-baru ini tapi sudah lama. Mungkin dalam 6 – 7 tahun kebelakangan ni lebih-lebih lagi dengan perkembangan media sosial dalam negara.Taktik shock marketing.
Shock marketing ni bererti ‘a type of advertising that deliberately, rather than inadvertently, startles and offends its audience by violating norms for social values and personal ideals’ (cedok dari wikipedia).
Atau dalam bahasa, sejenis cara pengiklanan yang dengan sengaja melanggar norma dan tatasusila masyarakat untuk manfaat peribadi (antaranya).
Dah banyak dah terjadi di Malaysia, kalau cakap kasarnya; kau tak kisah buat benda bodoh depan kamera yang penting orang ‘share’. Kau gelek-gelek sket pastu jual produk. Kau sanggup make up hodoh-hodoh masuk TV dan buat gaya yang menjengkelkan semata-mata nak orang tahu kau siapa.
Kau cerita benda dalam kelambu supaya lagu kau trending. Aku malas nak bagitahu apa punca aku menulis hal ni sebab nanti aku pun menyumbang kepada viewer dia, jadi baik aku diamkan sahaja.
Dah terlalu banyak contoh yang kita boleh lihat, tentang manusia yang rela dikecam, dicemuh, dihina. Yang penting cerita dan nama dia kena jaja ke sana sini.
Kau terlibat tak dalam hal ni? Kalau kau pun share, kau pun dah dibodohkan oleh shock marketing. Lama-kelamaan generasi akan datang akan terbiasa dengan benda ini. Alah bisa tegal biasa.
Shock will lose its value over time. Kalau hari2-hari kita makan pedas lama-lama lidah kita kebas. Kalau anak kita hari-hari tengok artis dan orang biasa cerita benda dalam kelambu kat media sosial, lama-kelamaan akan jadi kebiasaan.
Dia pun akan cerita benda dalam kelambu kat orang ramai pulak bila dia dah besar kelak. Dan sanggup lakukan apa sahaja kerana dahagakan ‘likes’. Awal-awal cerita benda dalam kelambu, bila itu dah tak laku mulalah buat yang lebih-lebih pula.
Lama-kelamaan kejayaan akan hanya dipandang dengan berapa banyak duit kau buat, bukan sejauh mana kau berusaha mencari ilmu. Cara nak buat duit senang je zaman sekarang, gelek-gelek depan camera atau jadi bahan cemuhan dan jenaka lepas tu tunggu Abah Google bayar kau.
Biar nampak bodoh yang penting kaya, kan? Tak belajar tinggi tak apa, gagal SPM pun boleh dibangga ditayang satu dunia asal boleh jadi kaya.Orang berilmu yang papa dihina, si bodoh yang kaya dijadikan idola. Kesopanan dan kesusilaan hanya menjadi sebutan, bukan amalan.
Abaikan shock marketing. Janganlah share benda-benda yang merugikan dan membodohkan diri sendiri. Carilah ilmu, jauhi kelalaian. Bacalah. Bacalah. Bacalah.
Mana perginya karya artistik yang menjadi makanan jiwa kita satu masa dahulu? Novel-novel. Filem-filem. Penulisan lagu. Cerita tentang cintakan alam semulajadi, mengejar ilmu, cinta platonik, tentang ketuhanan, komentar masyarakat.
Sekarang karya di udara dan media massa kebanyakan hanya tentang nafsu semata. Kita dalam bidang syubhah, cubalah cari kaf ba ro kaf ta nun.
Jadilah cahaya di dalam dunia kita yang kelabu.Semua dari kita sendiri sama ada hendak biasakan yang luar biasa ataupun menghalang yang dilarang. Stop encouraging and rewarding stupid behaviours. Jangan terpedaya dengan taktik shock marketing. Kita lebih baik dari itu.









