DRAMA MUZIK – ANGELIC

0
RILHAM SHAH
KOMPOSER

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Alhamdulillah harini aku diberi kesempatan lagi nak review lagu. Pertama sekali aku nak ucapkan terima kasih kepada komposer/artis yang sudi share lagu korang untuk dinikmati bersama oleh pengunjung blog Flybeat Records.Harapan aku agar review ini sedikit sebanyak dapat memperkenalkan lagi karya korang kepada lebih ramai pendengar.

Kali ni, lagu yang aku nak review datangnya dari 5 Band berbeza. Setiap band ini mempunyai kekuatan dan keunikan masing-masing. Seperti review-review aku sebelumnya, aku bayangkan macam mana kalau lagu-lagu ni jadi soundtrack drama. Drama macam mana yang akan ambil lagu macam ni? Oleh sebab produser drama dekat Malaysia ni belum jumpa lagi lagu ni..So biarlah aku wujudkan satu Drama dulu..hehe

Drama kali ni bertajuk Angelic. Mengisahkan seorang gitaris bernama Mal yang jatuh cinta dengan seorang ejen Cuckoo.

Sebelum tu..jom layan lagu pertama yang akan jadi soundtrack drama muzik kali ini..

  1. Angelic – Torque Six

Bila aku dengar lagu ni, automatik aku teringat zaman-zaman berjamming dulu. Memang lagu-lagu berentak macam ni yang selalu kitorang main. Pada aku lagu ni mampu mengembalikan semangat remaja. Tajuk yang simple dan catchy selalunya akan menarik minat pendengar untuk mengetahui cerita dalam lagu tersebut. Sebab tu juga aku gunakan tajuk lagu ni sebagai tajuk Drama Muzik aku kali ni..Angelic.

Cerita bermula ketika Mal nak pergi jahit kasut futsal dia depan Bank Islam. Masa dia tengah tunggu kasut tu, tiba-tiba dia ternampak seorang agen Cuckoo yang sedang menyebarkan flyers. Tapi mase tu dia nampak dari tepi je. Dia tak puashati, dia pun buat-buat lalu depan agen tu untuk ambil flyers. Bila bertentang mata, maka terbitlah keinginan untuk melihat gadis itu dengan lebih lama.

“Produk apa ni?Boleh terangkan detail?” Tanya Mal buat-buat blur. Sedangkan dekat rumah dia dah dekat setahun dia togak air Cuckoo.

“Boleh encik, duduk dulu ya..”

Ketika gadis itu betul-betul duduk dihadapannya. Barulah dia puashati dengan view tersebut. Masa ni dia dah senyum-senyum dalam hati. Rambut gadis itu tidak berterbangan, sebab dia pakai tudung. Tapi sudah cukup membawa Mal jauh dalam khayalannya. Masa tu la keluar lagu ni..

“Engkau Angelic Bagiku, Tak Ku Biarkan
Tatapan Matamu Sayang, Tak Ku Lupakan”

Komposer/Lirik : Brian

2. Wuhu – Laras Untuk Rasian

Riang dan gembira. Ini perasaan aku bila layan lagu ni. Tajuk Wuhu itu sendiri cukup unik. Seperti melambangkan satu kegembiraan yang sukar digambarkan dengan kata-kata. Suara vocalist yang merdu menambahkan lagi sebab mengapa lagu ni layak menembusi ruang telinga para pendengar. Satu lagu yang berkualiti dan berpotensi untuk membuat kita lupa seketika dengan masalah yang ada.

Berbalik pada cerita Angelic tadi. Setelah mendengar penerangan agen Cuckoo tu..

“Terima Kasih, nanti saya fikir dulu ya. Kalau saya jadi pasang, saya nak contact sapa ya?” Tanya Mal dengan penuh professional. Tapi dalam hati dia memang nak dapatkan no awek tu, tanpa dia perlu mintak dengan awek tu.

“Boleh contact saya, Mira..” Kata Mira sambil memberikan flyers yang tertera no telefon dan namanya.

Selepas itu Mal pun berlalu dengan tenang tapi dalam hatinya seperti ingin menari. Dengan kasut futsal di tangan kiri. Tangan kanannya pula memegang flyers yang tertera nama Mira. Dia tersenyum sendirian sepanjang perjalanan menuju ke kereta. Ketika nak masuk kereta dia menari-nari sendirian sambil tersenyum. Dalam perjalanan balik dia buka radio. Ketika itu lah lagu Wuhu berkumandang..Wuhu..

“Ke Mana-Mana
Hati Ini Ku Bawa Rasa Ini
Seakan Menggila”

Komposer/Lirik : Eji Mirza

3. Ni Ko Nuan Dia – We Are Avalanche

Fuhh layan beb lagu ni. Band dari Sarawak. Walaupun aku tak faham maksud dia, tapi tetap dapat rasa emosi yang nak disampaikan dalam lagu ni. Aku hanya tahu maksud Ni Ko Nuan Dia. Maksudnya lebih kurang “Sukahati Kau Lah” atau “Lantak Kau Lah”. Haa..dengar tajuk je dah dapat bayangkan betapa bestnya lagu ni untuk mengekspresikan kegeraman dengan penuh berseni.

Sementara itu, pada mulanya Si Mira tak layan sangat si Mal ni. Tapi kerana dia masih kekurangan 1 unit pada bulan itu, Si Mira pun berusaha untuk memujuk(lebih kepada menggoda) Mal untuk memasang penapis air. Akhirnya, setelah beberapa siri follow up, akhirnya berjaya juga dia memerangkap Mal yang sememangnya rela untuk diperangkap.Jauh di sudut hati Mira, dia sangat bersyukur ditemukan dengan Mal.Kerana kalau tidak kerana Mal, pasti dia hanya dapat jual 9 unit sahaja(agen cuckoo lebih memahami perasaan ini..hehe). Tapi kerana dia berjaya memujuk Mal, dapat jugak dia mencapai target bulan itu.

Mal pula sanggup berkorban untuk membeli satu lagi penapis air untuk diletakkan di rumahnya di kampung. Selepas selesai pemasangan, Mal menujukan sebuah lagu ciptaannya kepada Mira kononnya sebagai tanda terima kasih.

Dan Mira pun melayan..

“Wah.Sedap suara awak..”

Mal pun apa lagi..

“Kalau saya nyanyi depan-depan lagi sedap..”

Lepas tu..Mira pun layan lagi. Dipendekkan cerita begitulah bibit percintaan mereka. Mal rasakan suaranya yang berjaya memikat Mira. Sedangkan, Mira ada agenda yang lebih besar dari itu. Iaitu untuk merekrut Mal sebagai agen Cuckoo. Walaupun masing-masing ada agenda tersembunyi, akhirnya mereka menjadi semakin rapat. Dan berbahagialah seperti pasangan lain yang sedang bercinta, sehinggalah pada suatu hari..

Tapak kasut office Mal pulak tertanggal. Dia pun pergi Maybank untuk tampal kasut dia. Masa dia tengah tunggu kasut tu dia ternampak pulak sorang Agen Coway tengah tebar flyers. Dengan pengalaman yang ada, dia menggunakan taktik yang sama. Sehinggalah dia mendapat flyers agen tersebut dengan no telefon beserta nama..Wana.

Satu hari tu dia keluar dengan Mira untuk pergi makan malam. Sedang dia berborak-borak dalam kereta, tiba-tiba Mira terpandang flyers Coway. Lama dia baca flyers tu.Lepastu dia diam je. Tak bercakap-cakap.Mal perasan perubahan tersebut..lalu bertanya..

“Awak ok ke?” Tanya Mal sebab dia tak tau nak tanya apa lagi.

“Ok..” Jawab Mira sambil tersenyum payau seperti air yang tidak ditapis.

Akhirnya sampai habis makan Mira senyap seribu bahasa. Sampailah bila Mal hantar dia balik rumah. Masa dia keluar kereta dia tanya pada Mal..

“Siapa Wana?” Tanya Mira serius dengan kening sebelah terangkat macam Ziana Zain.

“Wana?Wana mana pulak ni..? ” Jawab Mal buat-buat tak tau.

“Siapa Wana?” Sambil tunjuk flyers Coway.

“Ohhh..dia tu bagi flyers masa..” Belum sempat Mal menerangkan, Mira terus menutup pintu kereta dan..

“Whatever..” Mira menggunakan kata-kata cliche seorang wanita bila merajuk untuk mengakhiri pertemuan mereka pada malam itu.

Dan bingunglah Mal seketika. Ketika Mira melangkah masuk rumah sambil mencarut di dalam hati, keluarlah lagu Ni Ko Nuan Dia(Lantak Kau Lah)..

“Enda Nyaut Seleka Mukut
Serta Enda Malas Seleka Beras
Ni Ko Nuan Dia”

Komposer : We Are Avalanche
Lirik : Jimmy Siden

4. Siapa Aku – Statuz

Lagu ni pada aku boleh membawa kita kembali ke masa silam. Dengan genre slow rock dan lirik yang mudah difahami pasti membuatkan para pendengar terbuai dan terkenang seseorang pada masa lalu. Apatah lagi kalau ada pendengar yang pernah mengalami situasi seperti yang diceritakan dalam lagu ni. Silap-silap boleh menangis woo..

Sebab lagu ni sedih, aku pilih lagu ni untuk dijadikan soundtrack dalam drama muzik aku ni. Sebab dalam cerita ni, akhirnya Mira semakin menjauh dengan Mal. Mira seakan melupakan Mal yang pernah banyak membantu dalam perniagaannya dari segi masa, tenaga juga wang ringgit.

Ketika awal-awal hubungan mereka, Mira baru je jadi Agen Cuckoo. Jualan pun tak menentu. Ada masanya banyak, ada masa tak ada langsung. Ada ketikanya, Mira nak berhenti dalam bidang ni. Tapi Mal yang banyak beri galakan dan dorongan. Pernah ada suatu masa, dia dapat peluang buat jualan dekat satu karnival. Tapi dia tak ada transport. Mal yang tolong hantarkan dan siap tolong promote dekat kawan-kawan.

Bulan tu jualan Mira meletop. Dia hadiahkan Mal sebuah gitar. Ketika sampai di rumah. Dia terpandang gitar yang Mira hadiahkan sempena hari jadinya. Seperti mana dia menyokong kerjaya Mira, begitu juga Mira yang selalu menyokong Mal untuk terus berkarya. Mira juga merupakan pendengar dan pengkritik tetap lagu-lagu ciptaan Mal.

Lepas beberapa bulan, Mira dinaikkan pangkat menjadi manager. Mal turut berbangga dengan pencapaian Mira. Yang paling membanggakan Mal, bila setiap kali dia balik kerja dia akan terpandang wajah Mira yang terpampang di Billboard kerana pencapaiannya yang luar biasa. Tapi kerana pencapaian itu juga menyebabkan hubungan mereka tidak seperti dulu.

Masa tu berkumandanglah lagu Siapa Aku..

“Ketika Dirimu
Berada Di Puncak Sana
Sesungguhnya Kau Lupa
Akan Masa Silam”

Lagu/Lirik : Ezra

5. Menang – TitikDinginDamai

Lagu ini sangat mendamaikan. Emosi yang bercampur baur bila aku mendengar lagu ni. Seperti melihat pada satu lukisan abstrak. Ada rasa kegembiraan dalam kesedihan. Ada kemenangan dalam kekalahan. Tapi menenangkan. Kreatif dan segar. Baik dari segi lirik, melodi, dan juga susunan lagu. Tidak hairanlah jika karya ini berjaya memikat Luncai Emas.

Lagu ini juga aku rasakan sangat sempurna untuk menghiasi babak-babak akhir percintaan Mal dan Mira. Sebab emosi yang bercampur-baur dalam lagu ni seperti perasaan Mal dan Mira. Masing-masing ego walaupun sedang merindui. Setiap kali Mal haus, setiap kali tu jugak dia akan togak air Cuckoo. Dan setiap kali tu jugak dia akan teringat Mira. Itu belum termasuk dia lapar tengah malam. Mesti kena masak maggi. Tapi Mal tahu..dia juga bersalah.

Begitu juga dengan Mira. Dia masih sayangkan Mal. Tapi sebenarnya Mal yang pernah buat hal dengan Mira. Sejak Mal kantoi ada skandal dengan Wana(Agen Coway), hubungan mereka diambang wati kehancuran.Walaupun dah berkali-kali Mal meminta maaf, sukar untuk Mira maafkan. Mira membuat keputusan untuk menyibukkan diri dengan fokus pada perniagaannya.

Masing-masing membawa diri seketika. Satu hari ketika Mal main futsal. Tiba-tiba kasut futsal dia koyak lagi. Ketika sedang menuju kereta..

“Asek koyak je kasutnya..” Kata satu suara yang mengejutkan Mal.

Mal tercari-cari suara itu. Suara itu datangnya dari kereta yang parking bersebelahan dengan keretanya.Rupa-rupanyanya kereta itu milik Mira. Dia tak perasan sebab Mira dah pakai kereta baru. Mal terkesima. Dia tak sangka Mira akan datang mencarinya..

“Aah.Nampaknya kena hantar jahit lagi..” Jawab Mal ringkas. Walaupun rasa nak melompat bila nampak Mira.

“Tak payah. Nanti time awak hantar kasut, ternampak nampak awek sebar flyers mulalah nak menggatal..” Perli Mira dengan bergaya sekali.

“Eh..pulak..” Jawab Mal sebab tak tau nak jawab apa lagi.

“Haa..tak ngaku pulak tu..” Kata Mira sambil mencebik siket buat-buat comel.

Maka tersenyum-senyum la Mal membayangkan masih ada harapan dalam kisah mereka. Lepas tu Mal pun mendekati kereta Mira.

“Lawa kereta baru..” Tanya Mal tenang dengan satu percubaan untuk mengalih topik.

Lepastu kelihatan mereka sudah mula bergurau-gurau. Ada senyuman, cubitan, dan sesekali sepakan daripada Mira. Ketika itulah berkumandang lagu Menang untuk mengakhiri kisah ini..

“Samar Fikirku
Gundah Jiwaku
Gelisah Hatiku..Kaku”

Haa..begitulah Drama Muzik kali ini. Ada ke producer nak menjayakan telemovie kisah percintaan Ahli Muzik dengan Agen Penapis Air.Huhu

Apapun terima kasih kerana membaca dan lagu-lagu yang aku review ni semua aku dah letakan di FLYBEAT TV.

Selamat layan lagu yang best-best lagi disana. Sekian Terima Kasih.