Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Harini aku nak share pengalaman aku mengajar vokal secara online. Soalan yang selalu ditanya..
“Macammana belajar secara online?”
Jawapannya hanya dengan menggunakan Zoom atau pun Google Meet. Setakat ini, rata-rata pelajar kami sudah biasa menggunakan aplikasi ini. Tapi ada juga pelajar yang tidak pernah menggunakannya. Aplikasi ini mudah digunakan, anda hanya perlu klik link yang kami berikan.. lepastu dah boleh berinteraksi dengan guru vokal.
“Apa kelebihan belajar secara online?”
- Jimat kos, tenaga dan masa. Tak perlu nak keluarkan minyak nak pergi belajar vokal. Yang ibu bapa juga tak perlu susah-susah hantar anak dan menunggu sampai habis kelas. Monitor je anak dekat sebelah sambil tengok youtube. Yang ada masalah transport pun tak perlu risau lagi. Hanya perlu pastikan line internet yang stabil. Dan tak perlu risau kalau kelas malam atau siang.
- Masa Yang Flexibel. Boleh bincang dengan cikgu nak kelas pagi ke nak malam. Nak hari biasa ataupun hujung minggu. Jadi anda mudah untuk merancang jadual kelas anda tanpa menggangu urusan harian. Ada antara pelajar kami yang sudah bekerja dan hanya boleh belajar pada waktu malam sahaja. Jika ingin menukar waktu kelas pun tiada masalah, hanya perlu inform cikgu untuk menukar tarikh dan masa.
- Jarak Bukan Penghalang
Aku teringat pada tahun 2018 ketika aku mengendalikan Kelas Vokal di Ampang. Ada beberapa pelajar yang datang dari jauh. Antaranya Melaka, Negeri Sembilan dan juga Johor. Aku pun tanya kepada mereka..
“Kenapa sanggup datang jauh-jauh?
Mereka jawab yang mereka tidak menemui kelas vokal berhampiran dengan tempat tinggal mereka. Jadi, dengan wujudnya Kelas Vokal Online ini, anda boleh belajar dari mana sahaja tanpa perlu keluar rumah. Antara pelajar-pelajar yang pernah menyertai Kelas Vokal Online kami datangnya dari Johor, Kelantan, Kedah, malah ada juga dari Sabah dan Sarawak.
KELAS VOKAL BERSAMA ROYCE SAAYAN

Masalah bila buat beramai-ramai ni, susah nak tentukan masa. Kena ikut tarikh cikgu dan tarikh majoriti peserta yang nak join. Ini pun ada yang tak dapat join sebab tarikh tak sesuai. Lagi pun bila buat kelas macam ni, tajuk tu lebih umum dan tak boleh fokus kepada individu. Sedangkan setiap individu yang datang ni tahap nyanyian masing-masing berbeza. Ada yang baru nak belajar vokal, ada juga yang dah ada single sendiri.
Tapi, kelas beramai-ramai ni memang meriah dan lebih seronok. Dan selepas kelas ini lah semakin ramai yang menghubungi aku. Sehinggalah aku dah berpindah studio pun masih ada yang menghubungi. Pada mulanya aku buat dekat Shah Alam. Tapi tak lama lepastu PKP. Maka disitulah tercetusnya ilham untuk mewujudkan Kelas Vokal Secara Online.
“Apa yang diajar dalam Kelas Online
Bergantung pada tahap individu. Lebih kurang 50% Teori dan 50% Praktikal.
Ada 4 Sesi. Dan setiap sesi 1 Jam. Apa yang aku buat selalu macam ni..
Sesi 1
-Sesi suai kenal dan pengenalan. Lebih kurang 5-10 minit.
-Sesi Analisa. Aku akan dengar nyanyian student. Baru aku tahu apa yang diperlukan untuk aku bantu lagi tahap nyanyian seseorang tu.
-Lepastu baru aku akan share teori asas dalam vokal macam (Teknik Pernafasan, Range Suara,Pitching)
-Lepastu baru aku mintak student apply teknik baru. nak praktis benda baru ni memang tak cukup sejam. Jadi kalau teori-teori semua tu aku mintak student baca siap-siap dekat blog aku. Jadi jimat masa. Masa kelas tinggal tanya apa yang tak faham dan boleh fokus pada praktis.
-Peserta akan memilih satu lagu untuk praktis dirumah.
-Sesi soal jawab(Penutup)
Matlamat Sesi 1
– Mengenal pasti masalah nyanyian peserta
– Mengenal Julat suara peserta
– Teknik Pernafasan Yang Betul
– Menyanyi Dengan Tempo yang baik
– Menyanyi Dengan Pitching yang baik
Sesi 2/3/4
-Sesi ulangkaji dan penambahbaikan. Sesi kedua,ketiga dan keempat bergantung pada tahap nyanyian peserta. Kalau masih ada masalah dekat pitching, aku akan lebihkan praktis dekat pitching. Kalau ada masalah dekat tempo aku akan lebihkan praktis dengan tempo.
– Kalau peserta rajin berlatih dan dapat buat dengan baik, lebih cepat kita akan praktis benda lain.
– Tapi yang teori-teori lain pun aku akan cerita juga untuk menambah pengetahuan. Tapi sesi praktis memang akan fokus pada masalah utama peserta.
Matlamat Kelas Vokal Online
Apa yang aku harapkan ialah PENINGKATAN. Kalau yang dari tak boleh masuk key, dah pandai masuk key. Kalau sebelum ni lari tempo, dah pandai menyanyi ikut muzik. Yang penting dari apa yang aku kongsikan sepanjang 4 sesi ni dapat membantu nyanyian seseorang itu ke tahap yang lebih baik.
Kalau ada yang berminat nak join kelas vokal online boleh klik di bawah untuk pendaftaran :
DAFTAR KELAS VOKAL
Terima Kasih