TEKNIK PERNAFASAN

RILHAM SHAH
KOMPOSER

            Pernah tak kita dengar penyanyi dekat busking, ataupun karaoke nyanyi sampai tercungap-cungap? Lagu tak laju mana pun, tapi penyanyinya kedengaran mengah macam baru lepas berlari. Kadang-kadang lirik lagu tu terputus sebab nafas tak cukup. Mengapa perkara ini terjadi?

Antara masalah utama dalam nyanyian adalah kelemahan pada pernafasan. Pernafasan yang salah akan menyebabkan nyanyian kedengaran mengah dan tidak bertenaga. Sebab itu perkara penting yang akan diajar dalam setiap kelas vokal ialah Teknik Pernafasan. Teknik Pernafasan yang betul dapat membantu nyanyian anda ke tahap yang lebih baik.

Perkara ini merupakan perkara asas dalam nyanyian dan perkara penting yang perlu anda kuasai jika ingin menjadi penyanyi yang lebih baik. Cuba guna teknik ini..

1.Tarik Nafas dan penuhkan udara ke dalam Perut.

2.Pastikan Bahu dan Dada tidak bergerak ketika menarik nafas.

3.Relax..

Untuk memudahkan pemahaman anda..sila tonton video ini..

            Teknik pernafasan ini merupakan teknik asas yang perlu anda kuasai jika anda benar-benar ingin menjadi seorang penyanyi yang lebih baik. Teknik ini juga digunakan oleh penyanyi-penyanyi profesional samada di Malaysia dan juga antarabangsa.

Semoga artikel ini dapat membantu anda menggunakan Teknik pernafasan yang betul. Walaupun ia kelihatan mudah, namun ianya memerlukan latihan yang berterusan setiap hari. Anda perlu menguasai teknik ini sehingga anda dapat menggunakannya ketika sedang menyanyi.

Selamat Mencuba..:)

NAK MASUK KELAS VOKAL?