
KOMPOSER
Harini aku nak share pasal tempo. Apa itu tempo?
Tempo dalam Bahasa Itali ialah “masa”. Ia merujuk kepada tahap kerancakan atau kelajuan rentak sesebuah lagu. Tempo dalam sesuatu lagu diukur atau dikira dalam (beats per minute, bpm). Jadi kalau lagu tu rancak makin laju la temponya.
Alat untuk menentukan tempo di panggil metronome. Kalau nak lebih faham lagi boleh tengok video ni..
Senang cite, tempo ni sangat penting untuk menentukan timing sesuatu lagu. Jadi nak main muzik ke atau nak menyanyi kena biasakan dengan tempo supaya kita tidak tersasar dari landasan. Aku kalau cite pasal tempo ni mesti teringat cite ni..
Haa..amacam..seram tak? So aku bila rasa off tempo je, selalu layan scene ni sebagai motivasi. Untuk main muzik dengan tempo yang tepat kena banyak praktis. Bukan pemuzik je kena belajar tempo, penyanyi pun kena belajar jugak.
Barulah timing kita lebih tepat. Takdelah muzik belum masuk, kita dah masuk dulu..rushing. Ataupun muzik da masuk, kita pulak lambat nyanyi. Dragging. Kalau boleh biar ngam2, barulah vokal dan muzik bersatu dalam lagu.
Jom Join Kelas Vokal Online.Daftar Sekarang!
Itu sahaja untuk perkongsian kali ini.









