
KOMPOSER
Assalamualaikum & Selamat Sejahtera
Harini aku nak review 5 lagu lagi sebagai penutup artikel untuk bulan July ni. Pertama sekali aku nak ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan komposer yang sudi berkongsi lagu korang untuk menjadi tatapan pengunjung-pengunjung blog Flybeat Records. Lagu-lagu kali ni aku nak muatkan dalam Drama Muzik terakhir bulan ini yang bertajuk Tinggal Rangka.
Cerita ini mengisahkan penantian seorang drummer dari Band Sayap Helang yang setia menunggu cinta penyanyi wanita dari Band Suara Burung Hantu. Sebelum tu mari kita layan lagu pertama yang menjadi soundtrack drama ini..
- ANGKASA – FAUZAN NASIR
Aku suka arrangement lagu ni. Build up dia cepat. Mula-mula ingatkan lagu slow.Lepas first verse dia terus tukar jadi rancak. Kalau korang dengar silap-silap menari tanpa sedar. Memang layan beb. Nak-nak kalau korang tengah bercinta. Time awek korang tengah nak merajuk je, korang bukak lagu ni. Confirm dia berjoget sekali.
Lagu ni jugak aku bayangkan jadi lagu pertama dalam Drama Muzik khayalan aku ni. Cerita bermula bila seorang drummer dari band Sayap Helang bernama Ikmal yang terjatuh cinta dengan seorang penyanyi band Suara Burung Hantu bernama Fira.Mereka berjumpa ketika menyertai satu Battle Of The Band anjuran satu parti politik yang ingin mendekati masyarakat kerana pilihanraya semakin hampir. Masa tu band Suara Burung Hantu menjadi juara. Band Sayap Helang terpaksa berpuashati dengan tempat kedua. Tetapi Ikmal dinobatkan sebagai drummer terbaik.
Masa lepas habis pertandingan tu Ikmal amek peluang untuk menegur Fira kononnya nak ucap tahniah. Selepas itulah mereka bertukar-tukar no telefon. Masa dia tengah borak-borak tu..keluarlah lagu ni..Angkasa..
“Kita Berdua Bersama
Bebas Bergandingan Di Angkasa
Selagi Awan Menghilang..Terlihat”
Komposer : Ali Zufar & Sean Faridan
Lirik : Ali Zufar & Sean Faridan
2. HARIMAU MALAYA – MARIONEXXES
Lagu ni rare jugak. Tapi aku lebih tertarik pada Maria Farida lirik dia. Antara lirik yang menarik pada aku masa part ni..
“Kebaya, fesyen lama gadis Melayu, kegilaan dunia glamor kabaret, petunjuk ketulenan gadis Melayu, budaya pakai yang dimamah usia berzaman, hanya dijumpai di semua majlis-majlis kuno gadis Melayu”
Jarang-jarang nak jumpa lirik seperti ini. Seperti ada maksud tersirat yang ingin disampaikan oleh penulis lirik ini. Pada aku ada juga unsur-unsur sindiran dalam lagu ini.Apa pun memang layan.
Berbalik pada cerita tadi. Ketika Ikmal sudah berjaya mendapatkan no telefon Fira, tiba-tiba ada seorang lelaki yang datang untuk memikat Fira. Lelaki ini lebih aggresif. Lelaki itu merupakan salah seorang juri pertandingan tersebut. Walaupun Jack sudah agak berumur, tapi reputasinya sebagai pemain bass band Taring Harimau sudah cukup menggetarkan jiwa Fira. Ikmal sedar, banyak halangan yang perlu dilalui untuk memikat Fira. Masa adegan Jack nak tackle Fira, keluarlah lagu ni..Harimau Malaya..
“Hey Kau Si Cantik Berkebaya, Apa Yang Membuat Hati Cair?
Ketat! Singkat !
Tinggal Harian Dunia Kaku, Kembali Ajar Kami Etika Gadis,
Comel! Gedik!”
Komposer/Lirik : MARIONEXXES
3. TINGGAL RANGKA – MUHSIN
First sekali aku suka tajuk lagu ni. Tajuk Tinggal Rangka pada aku sudah cukup untuk membayangkan satu penantian yang cukup lama. Keseluruhan lagu dipersembahkan dengan sangat baik. Dari segi,melodi, lirik dan juga susunan lagu bersatu dengan baik sekali. Suara vocalist yang padu juga menambahkan lagi keindahan yang ada dalam lagu ini.
Sebab tu aku pilih Tinggal Rangka sebagai tajuk dalam Drama Muzik kali ni. Aku bayangkan lagu ni akan mengiringi babak penantian Ikmal yang menunggu cinta dari Fira. Walaupun bertahun-tahun dia menunggu tanpa jawapan yang pasti, Ikmal tetap setia. Setiap kali Ikmal bertanya pada Fira, Fira hanya menjawab..
“Beri Saya Masa..”
Ikmal pun memberikan masa kepada Fira untuk berfikir. Punyalah lama Fira berfikir, hingga tak sedar mereka bertemu lagi dengan pilihanraya. Ketika balik mengundi, mereka berjumpa di satu Restaurant.
“Awak pilih siapa?” Tanya Ikmal sambil melihat komen-komen netizen di youtube.
“Undikan rahsia..” Kata Fira sambil cuba menghilangkan dakwat di hujung jari.
“Saya bukan cakap pasal politik. Awak pilih saya atau Jack?”
Terkedulah Fira seketika kerana Ikmal mengetahui hubungannya dengan Jack dari band Taring Harimau. Sebenarnya Fira masih dilema samada untuk memilih Ikmal ataupun Jack. Walaupun status mereka Teman Tapi Mesra, Ikmal tetap yakin dapat memiliki Fira kerana Jack sudahpun berkahwin.
Fira hanya terdiam dalam keadaan serba salah. Tiada jawapan dari Fira..ketika itulah lagu Tinggal Rangka berkumandang..
“Hakikatnya Aku
Kan Terus Menanti
Bertahun Lamanya
Ku Kan Berdiri”
Komposer/Lirik : Zainal Zulia
4.PELUANG – NUiM
First sekali aku tak expect lagu ni berentak macamni. Sebab tajuk dia Peluang, aku dah teringat Peluang Kedua Nabila Razali. Sekali aku dengar..fuhh rock oo..Memang layan intro dia, kalau aku aktif lagi berjamming, memang aku dah masukkan list untuk bawak jamming. Melodi dan lirik lagu ni pada aku memang membangkitkan semangat untuk meneruskan perjuangan.
Dalam cerita ini, semangat Ikmal dalam dunia seni semakin pudar. Apatah lagi bila dia mendapat berita perkahwinan antara Fira yang telah sah menjadi isteri kedua Jack. Mereka berdua bernikah di Thailand tanpa pengetahuan isteri pertama Jack.Dia menyendiri dan akhirnya terjebak dengan dadah. Rakan-rakan dalam bandnya berusaha untuk memulihkannya. Ahli band lain juga tidak dapat meneruskan perjuangan kerana sukarnya mencari Drummer sehebat Ikmal.
Bermacam-macam usaha mereka lakukan untuk membawanya kembali. Sehinggalah satu hari ketika dia sedang bersedih di dalam biliknya dia terjumpa gambarnya mengambil hadiah ketika dia dinobatkan sebagai Drummer terbaik. Ketika itu, tiba-tiba dia teringat kembali cita-cita mereka untuk berjaya dalam dunia seni. Dia sedar dia tak patut membunuh impian itu hanya kerana seorang wanita.
Dan selepas itu dia menghubungi ahli band lain untuk kembali berjuang. Ketika itu mereka kembali bersama dan menghasilkan satu single yang bertajuk Peluang. Ketika itu lagu ini berkumandang..
“Sayap Yang Pernah Terbang Tinggi Di Angkasa
Masih Tersesat Di Dalam Kegelapan Malam”
Komposer/Lirik : Ali Zufar
5. ANAK PERANG – RYAN HUSSAIN FEAT SHAUQI ASHAD
Genre Rap dan Rock bergabung dalam satu karya yang menceritakan perjuangan saudara-saudara kita yang ditindas. Gabungan 2 genre ini bagai mengajak kita bersatu tanpa mengira “genre” masing-masing dalam kehidupan ini. Lagu ini seperti meniupkan semangat kita untuk berjuang dan membantu apa yang mampu untuk menghidupkan api kebangkitan mereka.
Berbalik kepada Ikmal tadi. Setelah kembali dalam bidang muzik, dia semakin waras dan dapat melupakan Fira. Dia juga merasakan bodohnya dirinya yang hampir saja menamatkan riwayatnya kerana cinta. Satu hari dia terbaca kisah Palestin dan tiba-tiba dia ingin menebus kembali kesilapannya untuk berjuang ke Palestin.Dia pun menyatakan hasratnya untuk berjuang ke Palestin kepada rakan-rakannya.
Rakannya tersenyum dan bangun menghampiri Ikmal. Dan..
“Pang!” Satu tamparan hinggap di kepala Ikmal.
“Kau dulu dah bodoh. Kali ni jangan bodoh lagi..” Kata guitarisnya.
“Kau ingat senang nak masuk Palestin? Kau ingat macam pergi Klang? ” Kata Bassistnya pula.
“Janganlah marah. Aku nak berjuang je..” Kata Ikmal mempertahankan diri.
“Tak salah nak berjuang. Tapi masalahnya, hutang kau dengan aku pun tak settel lagi..” Kata guitarisnya lagi.
“Hmm..Ok apa kata, kita buat apa yang kita mampu dulu. Kita gunakan muzik kita untuk membantu Palestin” Cadang bassistnya pulak.
“Macam mana?” Tanya Ikmal
“Kita buat lagu pasal Palestin. Hasil dari lagu ni kita sumbang ke Palestin..amacam geng?”
Lepastu kita lihat mereka semua berbincang untuk menghasilkan lagu. Dan akhirnya berkumandanglah lagu Anak Perang sebagai lagu mereka untuk mengakhiri cerita ini.
“Bertalu Tembakan
Tidak Hiraukan
Mencari Ayah Ibu
Entah Kemana”
Komposer/Lirik : Zainal Zulia
Begitulah cerita Tinggal Rangka. Daripada mereput menanti cinta seorang wanita, akhirnya Ikmal bangkit menjadi manusia yang lebih berguna.
Akhir kata, terima kasih kerana membaca. Dan korang boleh layan banyak lagi lagu best-best dekat FLYBEAT TV.
Terima Kasih









