METAL DAN DAKWAH?

0
HATTA MIDY
KOMPOSER

Antara perkara yang buat pendengar (metal) keliru hal campuran agama dalam seni persembahan metal itu sendiri, ialah bagaimana ia dipersembahkan. Namun tulisan ini bukan atas kapasiti penulisan ilmiah. Sekadar lontaran spontan sahaja.

Mungkin di Malaysia, band jenisan metal yang berbaur Islamis ialah Daarchlea. Bercerita mengenai hal-hal ‘agama’ dalam liriknya sambil disulami muzik keras bingit berpaksi death/black, mungkin ia contoh yang menarik juga dalam kategori ini. Namun aku lagi suka nak bercerita mengenai band Indonesia, PURGATORY.

Purgatory antara band Indonesia yang aku follow dari zaman diaorang main Death Metal lagi. Hingga dah Nu Metal ala Slipknot pun aku masih follow lagi. Menariknya, mereka cukup Islamik dalam lirik dan approach mereka. Terkini dalam gig-gig mereka, mereka mengajak crowd berselawat sambil diselang-selikan dengan lagu mereka.

Jadi, mencampur adukkan agama dan metal, bagaimana ya?

Pengkategorian aku, aku suka ini band. Yelah, dari dengar album Cradle of Filth Midian atau Deicide Once Upon the Cross (dua-dua album faveret aku! Haih!), baik dengar album Purgatory ni.

Tapi secara adab, secara hemah malah kalau ini mahu dikatakan medium dakwah, aku berat nak terima. Lagi-lagi nak angkat ini juga satu movement positif, bla bla bla, it was a big wrong!

Muzik juga macam filem. Kalau ada orang kata, oh saya buat filem ni mesejnya ialah bla bla, bagi aku itu nonsense walaupun betul pengkaryanya menyumbat bermacam mesej di dalamnya. Begitu juga muzik. Tak kiralah, dangdut ka, metal ka, walau lirik penuh Islamis tapi ia masih bergantung pada bagaimana ia disampaikan.

Cumanya, manusia ada cara fikir mereka dalam memahami manusia lain. Mungkin ada kredit pada niat mereka nak menyampaikan sesuatu yang mungkin sukar untuk audien umum terima secara literal. Metod begini mungkin berada dalam ruang litup cara mereka berfikir namun dalam idealogi yang positif.

Kebarangkalian kesan itu mungkin kecil tapi ya lah, seperti menonton wayang filem Munafik yang sangat patuh syariah, tapi penontonnya pakwe makwe yang ‘ketakutan’ sambil berpegangan tangan tatkala menonton, jadi adakah mesej ‘agama’ itu sampai?

Sama juga dalam hal ni, lirik punya la Islamis tapi bila balik gig cuma dapat sakit tengkuk banging pun tak guna juga kan?

Dan kemudian we claim that oh, aku telah berdakwah (bagi yang telah menyampaikan) dan yang pergi konsert, oh aku telah mendengar tazkirah sambil banging tadi (🔫). Cara fikir begini yang ditakuti menjalar dan menghalalkan cara.

Persoalannya masih bagi aku, jika dipersoalkan adakah ini cara dakwah, bagi aku ia sangat tidak sebab ia jauh dari adab dakwah. The basic is, kita refer bagaimana cara dakwah dengan santun dan adab. Even lagu Rabbani atau Rhoma Irama sekalipun, bagi aku ia masih entertaiment. So kalau nak kata ini hasanah ka apa ka, ia sangat mengelirukan.

Tapi kalau nak kata ia usaha kecil itu lain cerita. We do what we do and we put something in what we do. Aku pun masa muda merempit, tapi cukup masa ajak kawan rempit ke surau.

Merempit adalah salah, ya!

Tapi adakah aku berjaya ajak orang ke surau dengan merempit? Berjaya!

Tapi, adakah aku halalkan rempit kerana berjaya berdakwah?

Semestinya tak!