FLYBEAT RECORDS

Selamat Datang ke FLYBEAT RECORDS.

Tercetusnya ilham untuk menubuhkan blog ini sebagai platform untuk berkongsi karya, info, pengalaman serta cerita-cerita dalam dunia muzik.

Secara ringkasnya, aku melihat dunia muzik ini terbahagi kepada 5 Kelompok utama.

Pertama PENYANYI.
Kedua PEMUZIK.
Ketiga SONGWRITER.
Keempat SOUND ENGINEER.
Kelima PEMINAT.

Jadi aku cuba wujudkan satu ruang untuk kita bersama-sama memajukan diri dalam bidang ini. Setakat ini, aku mulakan dengan Ruang Karya dan Flybeat TV. Aku ingin menjemput rakan-rakan komposer dan penulis lirik untuk berkongsi karya anda kepada kami. Aku percaya, banyak yang kita boleh pelajari dengan melihat dan mendengar karya-karya orang lain.

Selain itu, ia juga boleh memotivasikan diri untuk menghasilkan karya yang lebih baik. Jadi kepada korang yang dah ada single tu, jangan malu-malu untuk kongsikan karya anda bersama kami.