NORMA BARU UNTUK MUZIK

HAIRUL HASNAN
MUSIC PRODUCER

Ramai antara kita merasakan seolah-olah satu dunia akan berubah setelah masalah pandemik yang kita hadapi sekarang selesai. Tapi, secara peribadi aku ingin satu benda yang betul-betul akan berubah; nilai seni di mata masyarakat terutamanya seni persembahan.

Selama ini muzik dan seni persembahan secara amnya dipandang remeh. Dianggap seperti pengisi kekosongan sahaja, bukan sesuatu yang cukup bernilai untuk dibayar dengan setimpal. Saya berani bertaruh yang semua penggiat seni tak kira popular atau tidak, mesti pernah dioffer dengan bayaran yang tak masuk akal rendahnya.

Aku harap ramai akan sedar bahawa kalau tiada seni dalam hidup, dorang akan jadi murung. Aku harap dorang sedar setelah pengalaman duduk berkurung dalam rumah dan tak ada hiburan. Aku harap semua faham bahawa seni itu satu keindahan yang penting dalam hidup. Dan sesuatu yang indah perlulah dihargai, bukan dipijak.

Tapi biasalah, lumrah kita di Malaysia. Sesuatu yang indah selalunya kita juga yang musnahkan. Lihat saja taman negara yang kita ada betapa rakusnya dijarah. Hutan simpan rupanya hanya simpanan sementara menunggu peluang untuk isi poket.

Pantai yang sepatutnya hakmilik umum bersama, dipagari dan hanya digunakan untuk golongan kayangan. Yang terbuka dan percuma pula dipenuhi sampah, lampin terpakai, bungkusan sisa makanan dan plastik buangan.

Begitu la juga dengan seni. Yang indah dan percuma pun tak dihargai.

“Don’t it always seem to go
That you don’t know what you got ’til it’s gone
They paved paradise and put up a parking lot”

Waktu dia ada, kau rosakkan. Bila dah tiada, kau rindu. Biasa lah macam tu. Time hidup kau buat bodoh, time dah mati kau bagi pingat. S.O.P kot…

Apa penyelesaian? Kalau orang lain tak boleh nak ubah, nampak gayanya penggiat seni sendirilah yang perlu mengubahnya.Aku harap dalam ‘norma baru’ nanti penggiat seni (baik professional atau amatur) janganlah buang harga.

Know your level and charge accordingly. Jangan semua function pun kau nak makan sorang. Kalau budget dia RM50 je bagi lah pemuzik yang baru pandai main 3 kod gitar lepas seminggu belajar amek gig tu.Tak pun kau soh dia simpan duit tu dan soh dia letak komputer, main lagu dari YouTube.

You want quality performance, you have to pay quality money. You pay peanuts, you get monkeys.Jangan kita yang rosakkan periuk nasi kita sendiri. Kalau gig kecik pun kau akan ambil (buang harga), bukan kau sorang terkesan. Orang lain pun akan terkesan sama. Bersama kita mencegahnya…