
MUSIC PRODUCER
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua.
Kali ni aku nak menjawab persoalan yang telah diajukan kepada aku baru-baru ini.
Tapi sebelum itu, mungkin aku boleh perjelaskan perancangan untuk artikel aku. Bermula hari ini, aku akan menulis artikel setiap hujung minggu (Sabtu dan Ahad) untuk memberikan ruang kepada aku sendiri untuk mencari ilham tentang apa yang perlu ditulis dan juga bagi peluang supaya artikel aku akan dibaca.
Aku risau pada hari bekerja pembaca terlalu sibuk dan tak ada masa untuk membaca dan memahami penulisan aku.Ok kan?
Jadi aku mulakan.Soalan yang diajukan ialah “Apakah cara yang sesuai untuk menggunakan ‘reverb’ sewaktu mixing”.
Untuk aku, terdapat dua pendekatan atau sebab untuk menggunakan ‘reverb’. Pendekatan yang pertama ialah untuk membentuk ‘tone’ bagi sesebuah instrument.
Soalan : Apa maksud aku dengan membentuk ‘tone’?Reverb ini akan mengubah sifat bunyi sesebuah audio. Antaranya, ia boleh digunakan untuk memberikan ‘tone’ gemersik (sila rujuk apa maksud gemersik dalam Kamus Dewan), memanjangkan durasi satu bunyi (contohnya ‘snare’) dan boleh juga ‘menebalkan’ bunyi.
Soalan : Macamana aku gunakan ‘reverb’ untuk tujuan ni?Aku akan letak plug-in ‘reverb’ terus atau ‘direct’ pada ‘track’ tersebut (tak gunakan bus) dan kawal nilai ‘wet’ dia. Makin tinggi ‘wet’, makin berubah la bunyi dia tu. Banyak atau sikit tu bergantung dengan telinga korang.
Soalan : Ada pula mcm tu kah sir? Dalam real life ada mcm tu?Ada bah. Contohnya kalau orang nyanyi time kenduri kahwin, vokal tu ada juga letak reverb kan di mixer? Sama juga kalau di saxophone atau violin kan kalau ada mau bunyi ‘basah’. Mesti ada letak ‘reverb’ di mixer walaupun dewan tu sendiri ada gema yang natural sudah. Gitar amp pun ada juga reverb dia sendiri kan?
Soalan : Apa ‘tracks’ yang aku selalu pakai cara ni?Contoh ‘track’ yang aku selalu gunakan pendekatan ini ialah untuk vokal, instrument solo (seperti gitar solo, saxophone solo, flute solo, piano solo, violin/cello solo dan sebagainya) dan snare drum.
Soalan : Apa beza jenis-jenis ‘reverb’ tu sir? Ada saya tengok hall lah, plate lah, spring lah, large dan small room.Setiap jenis ‘reverb’ tu mempunyai karakter tone yang berbeza yang ditentukan oleh macamana bunyi gema tu dihasilkan.
Room secara umumnya bermaksud bunyi gema seolah-olah korang dalam satu ruang atau bilik. Jadi ekor bunyi tu lebih pendek dan bunyi dia bright sikit berbanding hall (bergantung jenis dengan saiz room).
Hall tu seolah-olah korang dalam dewan. Biasanya kalau korang bercakap dalam dewan pun ekor gema tu lebih panjang berbanding kalau korang bercakap dalam bilik kan? Dan biasanya bunyi lebih dark atau sebu sikit berbanding dalam bilik kosong. Juga bergantung dengan jenis dan saiz dewan.
Kalau dua reverb pertama tadi adalah ruang fizikal, spring ni pula reverb yang sintetik atau buatan. Ia biasa digunakan oleh amp gitar. Ekor reverb ni ada bunyi ‘twang’ sikit disebabkan oleh spring . Cuba korang tarik dan lepaskan spring, ada bunyi ‘toing’ atau ‘twang’ kan?
Tapi peranti analog spring reverb bukanlah semudah memainkan gitar di hadapan spring atau memetik spring. Ia melibatkan banyak komponen elektronik, termasuklah sebuah kebuk spring! Sama seperti spring, plate reverb juga merupakan penggema sintetik. Ia dibuat dari plat besi yang digantung dengan spring di hujung. Bunyinya lebih bright dan ekor gema pendek, menjadikannya sesuai untuk vokal.
Ini cara-cara analog untuk dapatkan bunyi gema. Zaman dulu tak ada lagi digital reverb jadi banyak cara analog yang digunakan oleh producer secara kreatif untuk membentuk ‘tone’ instrument.Kalau korang faham jenis dia korang tau apa karakter bunyi dia dan bila nak gunakan jenis ‘reverb’ yang berbeza.
Mungkin korang boleh cari di YouTube atau baca tentang jenis-jenis reverb ni kalau nak tahu lebih lanjut.
Soalan : Sir, kalau letak ‘reverb’, tidak payah sudah ‘delay’ atau ‘echo’ la tu kan?Bergantung juga. Ada masa-masa yang aku akan pakai ‘delay/echo’ dan juga ‘reverb’, dua-dua sekali. Bergantung dengan kesesuaian.Sebelum korang tanya, biasanya aku akan letak delay/echo dulu baru reverb.
Kenapa? Sebab sepanjang pengalaman aku yang singkat ni (aku pun masih lagi belajar dan mencari pengalaman) susunan begini menghasilkan bunyi yang lebih natural.
‘Delay/echo’ ni pengulangan bunyi dia akan jelas satu-satu manakala ‘reverb’ pula pengulangan dia tak ketara, tone yang akan berubah. Jadi pada logik akal aku, kalau kau me-‘reverb’kan ‘delay’, bunyi dia seolah-olah penyanyi tu pakai pedal ‘delay’ dan nyanyi dalam bilik (room reverb) atau dewan (hall reverb).Kalau kau men-‘delay’kan ‘reverb’, bunyi macam penyanyi tu pakai pedal reverb dan menyanyi di gaung. Macam tidak logik atau tidak natural pula kan?
Soalan : Jadi sir, yang ‘bus’ reverb tu macamana pula?Bus reverb tu pendekatan kedua.Itu aku akan ceritakan pada artikel akan datang.Semoga bermanfaat!
