
MUSIC PRODUCER
Jadi semalam aku dah tulis pasal pendekatan pertama dalam penggunaan ‘reverb’. Apa pula pendekatan kedua?
Kalau pendekatan pertama ialah untuk membentuk ‘tone’ instrument, pendekatan kedua ni pula ialah untuk memberikan ilusi ruang kepada keseluruhan instrument.
Pendekatan ni aku rasa dah banyak kena cover oleh guru-guru mixing di YouTube iaitu menggunakan bus.Soalan : Apa maksud menggunakan bus ‘reverb’?
Bus ‘reverb’ ni bila korang guna Aux untuk letak ‘reverb’ pada satu atau lebih dari satu instrument.
Soalan : Jadi apa beza dengan reverb yang semalam?
Semalam tu ‘reverb’ kita letak di ‘track’ tu sendiri, tapi bus ‘reverb’ kita letak ‘reverb’ plug-in di satu Aux track lepas tu kita hantar mana-mana ‘track’ yang kita nak ada ‘reverb’ ke sana.Contohnya; Aux 1 aku letak ‘large room’ reverb lepas tu aku hantar vokal, gitar, bass, drum dan lain lain ke bus 1.
Jadi semua instrument tu akan ada reverb ‘large room’ memberikan ilusi dorang main dalam ruang yang sama.
[Tip : ‘Solo’-kan ‘reverb’ bus korang tu dan korang ‘balance’-kan level instrument yang masuk dalam bus tu. Korang buat supaya bunyi dia macam kau dengar orang tengah jamming dari luar studio. Kalau korang duduk luar bilik jamming, bunyi apa yang kuat? Biasanya drum yang paling kuat diikuti gitar kan? Lepas tu baru vokal sbb bunyi PA system jarang boleh lawan bunyi drum dgn gitar yang ‘full blast’. Bunyi bass aku letak sikit jak sebab bass biasanya tak perlukan reverb.]
Soalan : Semua instrument pun hantar ke sana sir?
Biasanya aku buat macam tu lah supaya bunyi dia ‘blend’. Apa maksud aku ‘blend’?
Macam dorang main dalam satu bilik yang sama, bukan asing-asing.Kau bayangkan kalau instrument semua korang buat ‘reverb’ asing-asing, gitar dalam ‘Hall’, vokal dalam ‘small room’, drum dalam ‘medium studio’ kan dah bagi setiap benda tu di tempat yang asing-asing? Macamana sound nak ‘blend’ kan?
Jadi, hantar semua ke satu tempat barulah bunyi dia ‘blend’ sebab dah bercampur dalam ruang yang sama. Ni lebih kurang macam kau pakai ‘blender’ untuk campur adukkan semua ramuan jadi satu.
Soalan : Berapa banyak bus yang sir pakai?Bergantung juga. Kadang satu-kadang dua. Contohnya kalau aku mix lagu acoustic, macam tidak ngam pula letak ‘reverb’ stadium kan? Macam tidak ‘intimate’ pula setting dia.
Untuk ‘acoustic’ mcm lagi sesuai letak ‘reverb’ ‘small room’ kan? Sebab biasanya kita dengar org nyanyi ‘acoustic’ dalam ruang tamu atau ruangan yang kecil.Tapi untuk band yang besar, mungkin aku guna lebih dari satu bus. Kenapa?
Sebab aku bayangkan di ‘mixing board’ tu ada satu ‘reverb’ yang dipakai oleh audio engineer dan lepas tu ruangan konsert yang band tu main. Tapi tengok juga dengan kesesuaian lagu lah. Terlalu banyak reverb kadang-kadang boleh membuatkan lagu jadi tidak punchy dan bunyi semakin tidak ‘detailed’.
Jadi kesimpulannya, pendekatan pertama ialah untuk membentuk ‘tone’ instrument dan kedua ialah untuk memberikan ilusi yang band ni bermain dalam satu ruang yang sama.
Sekarang recording pun hampir semuanya clean dan dibuat asing-asing. Gitar, keyboard dan bass guna DI direct masuk interface, drum dalam booth, vokal pula rakam paling last.
Jadi terpaksa kita gunakan cara ‘artificial’ untuk bagi ilusi yang dorang dirakam ‘live’ secara serentak.Semoga bermanfaat. Jumpa lagi minggu depan insyaAllah..Wassalam!
