
KOMPOSER
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Hari ini saya ingin berkongsi cerita dan sedikit pengetahuan saya dalam bidang nyanyian. Seingat saya, sejak sekolah rendah saya sudah mula menyanyi. Lirik dan melodi lagu tersebut masih saya ingat sehingga kini.
ZAMAN KANAK-KANAK
Ini merupakan lagu terawal yang saya pelajari. “A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z”…
Kemudian saya diajar dengan banyak lagi lagu lain seperti..
“Bapaku Pulang Dari Kota”
“Ais Kacang”
dan juga “Bangau Oh Bangau”
MASUK PENGAKAP
Ketika dalam persatuan pengakap, lebih banyak lagi lagu yang diajarkan kepada kami. Antara lagu yang saya masih ingat ialah..Suranggani.
Sampai sekarang saya tak tahu apa maksud lagu ini. Lirik pun tak tahu la betul ke tidak. Tapi yang penting memang menyeronokkan bila menyanyikan lagu ini beramai-ramai. Ketika itu kami menyanyi dengan penuh rasa gembira.
Tidak ada sesiapa pun yang mengatakan pitching kami lari. Ataupun, mungkin cikgu yang mengajar kami juga tidak tahu apa itu pitching, kerana ketika itu belum wujud lagi Akademi Fantasia.
ZAMAN AKADEMI FANTASIA

Bila Akademi Fantasia sudah menjadi fenomena, antara komen yang sering diberi oleh juri kepada peserta adalah:
“Pitching awak lari..”
“Pitching awak berterabur..”
“Pitching kelaut..”
“Pitching..pitching..pitching”
Saya mula bertanya diri sendiri..Apa itu pitching? Adakah pitching saya juga lari? Kalau dia lari, dia lari kemana? Mujur ada google dan youtube.
Saya pun cari apa itu pitching? Macam-macam penerangan yang saya jumpa dari pelbagai sumber. Ada penerangan yang kompleks dan mungkin sukar untuk difahami jika seseorang itu tidak mempunyai asas dalam bidang muzik.
Tapi kalau orang tu pergi sekolah mesti ada belajar muzik kan? Ingat lagi pasal Do Re Mi?
DO RE MI

Pitch dalam bahasa paling mudah ialah tinggi rendah sesuatu nada.
Setiap suku kata dalam lirik mewakili satu tangga nada. Contoh lirik Negaraku.
Saya buat contoh mudah jika kita mulakan dengan Nada C.
Ada 4 pitch yang terlibat..Ne(C) Ga(C) Ra(A) Ku(F).
PITCH
C Do
B Ti
A La – Ra
G So
F Fa – Ku
E Mi
D Re
C Do – Ne, Ga
Jadi kalau nak nyanyi “Do” mesti tepat pada “C”. Kalau nak nyanyi “Mi” mesti tepat pada “E”.
Maksud pitching lari ialah nada yang kita nyanyikan tidak tepat pada pitch yang sepatutnya. Bayangkan perkataan pertama dalam satu lagu saja sudah melibatkan 4 pitch. Kalau satu lagu berpuluh-puluh pitch kita kena jaga.
Nak menyanyi dengan pitch yang sempurna kena latihan yang banyak. Kadang-kadang kita rasakan pitch kita nyanyi tu dah betul, tapi sebenarnya tak sempurna.Mungkin ter “flat” atau ter “sharp”.
Kepada yang tak faham, ter “flat” maksudnya pitch yang kita guna tu ter “rendah” sikit. Kalau ter “sharp” maksudnya pitch yang kita guna tu ter “tinggi” sikit.
Kesimpulan
Tidak kira kita menyanyi untuk menjadi seorang artis, penghibur jalanan ataupun menyanyi untuk diri sendiri, mutu nyanyian kita akan meningkat jika kita dapat menyanyi dengan pitching yang lebih baik.
Kepada sesiapa yang berminat untuk belajar vokal..sila hubungi saya untuk maklumat lanjut. Insya-Allah pitching yang kelaut akan dibawa kembali ke landasan yang benar…
Terima Kasih









