
GUITARIST
Salam Jumaat semua..
Pada yang masih tak jelas n tak faham apa tu PIMM(Perbadanan lndustri Muzik Malaysia) biar gua terangkan serba sedikit.
1) Apa tu perbadanan?
Ia ibarat induk pada sesebuah industri. Contoh Finas untuk industri filem.
2) Perlukah ada perbadanan?
Perlu. Dengan adanya badan induk akan memastikan perjalanan sesebuah industri akan bergerak lebih lancar n teratur.
3) Untuk siapa perbadanan muzik ditubuhkan?
Untuk semua yang terlibat. Dari artis mainstream, indie, underground, tradisional, club performer dan busker. Mungkin akan diperluaskan lagi. Mereka yang terlibat dengan rakaman, persembahan n pengagihan(show n royalti)
4) Apa lagi tugas Perbadanan?
Akan mengemaskini perjalanan industri muzik dan memastikan semua yang terlibat akan mendapat peluang n agihan yang lebih saksama. Menentukan hala tuju industri kearah global.
5) Siapa yang akan berada dibawah Perbadanan?
Semua penggiat2 muzik, pertubuhan, syarikat rakaman, badan royalti, event organizer serta yang berkaitan.
6) Misi n Visi Perbadanan?
Tugas utama adalah untuk memastikan industri muzik akan lebih berkualiti n berdaya saing. Penggiat2 akan punya platform yang betul serta arah tuju yang lebih jauh.Jadi disini gua sertakan wajah tenaga2 utama dan asal dalam pembentukan PIMM ini.
Dari kiri Helen Yap, Kak Aisyah, Abang Ito Mohd, Senator Razali Idris, Nasir Search, Aris Ariwatan n Ahwee Sc. Kami bermula dari tahun 2018 hingga kini. Dari zaman PH hingga PN.
Kemuncaknya bila kami adakan townhall dengan bekas PM kita Tun M. Bila PN ambil alih, Ahwee berjaya diserapkan ke KKMM sebagai pegawai khas. Saja kami taknak kecoh2 sebab misi kami cuma satu. Nakkan industri muzik kita lebih bercahaya. Jadi kalau ada ‘penyamun bersiri’ yang mendakwa dia empunya idea menubuhkan PIMM ni, dengan budak sekolah tadika boleh la dia tipu.
Masalahnya dah la menipu hak penggiat2 muzik. Sudahnya rakyat Malaysia pun nak ditipunya lagi! Dihari Jumaat yang mulia ini,doakan PIMM ditadbir oleh muka2 baru yang lebih amanah n bijaksana. Bukan muka2 penyamun bersiri yang sama dari dulu lagi.
We musicians ve suffered enough!We fight for our own rights \mXm/