
KOMPOSER
Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Alhamdulillah, lepas je aku release Muztika Edisi Pertama, semakin ramai band dan komposer yang contact aku untuk review lagu diorang. Jadi aku pun kena start awal bulan,untuk menyiapkan edisi kedua. Kali ni aku jemput beberapa penulis jemputan untuk menyumbang artikel dalam ruangan Diskusi Muzik. Mereka ini orang-orang yang berpengalaman dalam dunia muzik.
Bila aku buat benda ni, terasa pantas masa berlalu. Bagus jugak, sebab boleh buat aku bangun dari tidur. Kali ni aku nak letak lirik dengan gambar artis beserta komposer dan penulis lirik sekali. Aku tak tau, kenapa benda ni buat aku jadi khayal. Mungkin sebab dalam masa yang sama aku banyak belajar dari karya-karya mereka. Banyak karya-karya yang best-best dan kreatif.
Tapi kerana persaingan yang sengit, tidak ramai yang memandang karya mereka. Jadi aku cuba himpunkan seberapa ramai komposer/penulis lirik untuk berkongsi karya mereka di dalam blog ini. Semoga dengan usaha ini, sedikit sebanyak dapat membantu menambah lagi pendengar mereka. Kalau tak ramai yang dengar pun, sekurang-kurangnya aku akan dengar.Hehe..
Jadi kalau korang ada single yang nak promote dekat pengunjung Flybeat Records, boleh contact aku, aku akan edit cantik-cantik macam ni untuk dimuatkan dalam Muztika Edisi Kedua macam ni :
Jadi kalau korang berminat untuk memeriahkan majlis, boleh contact aku dekat sini : FB Rilham Shah.
Lagu-lagu korang aku akan share dekat Facebook, FLYBEAT TV dan juga MUZTIKA Edisi Kedua. Kepada yang berminat untuk mendapatkan Muztika Edisi Pertama, anda boleh download secara PERCUMA di sini :
Sekian, Selamat Berkarya!