
MUSIC PRODUCER
Benda asas dalam rakaman lagu.Ok, memandangkan semalam aku dah cuba menulis dalam bahasa formal kali ni aku tulis dalam bahasa pasar.
Kali ini penulisan agak pendek (tak macam kebiasaan) kerana bagi aku benda ini agak mudah difahami. Apakah dia?Aku akan bercakap tentang Sample Rate.
Setiap kali memulakan projek rakaman, kita mesti terus membuat keputusan untuk pilih apakah sample rate yang kita nak dalam projek itu. Tapi padia sample rate?
Sample rate ni simple je nak faham. Ok, bayangkan gelombang audio dalam bentuk analog. Dia berbentuk seperti gunung dan lurah kan? Ataupun seperti ombak laut, ke atas dan ke bawah dan di tengah-tengahnya ada garis (tengok Rajah 1).

Tapi dalam format digital, semua maklumat disimpan dalam bentuk nombor. Maksudnya, komputer tidak dapat simpan maklumat dalam format abstrak (contohnya lukisan atau bentuk). Semuanya digital (sebabtu nama format ni digital, semuanya dalam digit atau nombor).
Jadi macamana dia mau simpan maklumat ni? Katalah aku ada pekerja nama Ahmad dan dia memang terer hafal nombor. Tang melukis memang susah , tapi kalau aku suruh dia hafal nombor telefon kejap jak dia boleh hafal.
Jadi mcmana aku nak suruh dia hafal bentuk di atas tu? Aku akan cakap “Ahmad, kau sukat ketinggian garisan merah tu setiap 0.25 saat lepas tu kau hafal. Pastu kau lukis balik.”Ahmad pun buat (tengok Rajah 2 dan Rajah 3)…


Tapi bila aku tengok semula lukisan dia buat, macam tak cantik. Tak cukup detail. Jadi aku cakap kat dia “Ahmad. Kau sukat setiap 0.1 saat pastu lukis.” Ahmad pun pasrah dan buat…
Pastu aku still rasa mcm tak cukup detail sebab masih bersegi-segi. Jadi aku cakap kat Ahmad
“Ahmad.. Aku nak kau amek sukatan sebanyak 44100 kali untuk setiap satu saat tu. Pastu kau lukis semula…”



Pastu Ahmad bagi aku sedas kat muka dan berlalu tanpa kata…Itulah dia kehidupan…
Eh, itu lah dia sample rate. Sample rate ni berapa banyak sample sukatan ketinggian wave tu dia ambil dalam satu saat. Jadi, maksud 44,100kHz ni ialah komputer akan sukat ketinggian wave ni sebanyak 44,100 kali setiap satu saat, lepas tu simpan semua nombor nombor tu lepas tu kalau kau nak main balik audio, dia lukis semula wave tu ikut nombor yang dia simpan
Jadi, lojiknya makin tinggi sampe rate makin tinggi la detail dia kan? Betul lah tu. Tapi, mesti faham jugak makin tinggi sample rate, makin banyak nombor yang komputer kau kena simpan. Jadi saiz fail makin besar. Ok kita bersambung esok. Aku nak tuam ais kat muka pastu gi pujuk Ahmad. Dia baik orangnya…
Wassalam…









